Friday, August 26, 2005

DELIma

"Radio mana ni?", tanya ku kepada pemandu kereta yang membawa aku ke bandar Batam. Sekejap tadi baru saja aku sampai dari Singapura dengan Feri dari Pengkalan Tanah Merah ke Pulau Batam ini. "Radio melayu, Pak" jawab pemandu tadi dengan slanga Bahasa Melayu Riau. Lagu P.Ramlee terus berkumandang dari radio kereta Nissan Sentra yang ku naiki.

Ku lihat diluar tingkap tak banyak pembangunan di kiri kanan jalan. Jalannya juga sempit. Hampir dengan bandar baru kelihatan kawasan perumahan dibangunkan. Kilang-kilang perindustrian juga nampaknya masih baru.

"Kamu asal dari sini?" tanya ku lagi. "Saya Melayu Deli, Pak. Merantau", jawabnya.

Pulau Batam ini dari apa yang aku ketahui dikunjungi ramai orang Singapura untuk bermain golf dan berlibur. Rakan Singapura yang aku jumpa di atas feri lebih sinis. Batam ni tempat orang Singapura bermesra dengan "bini kedua mereka!" Aku hanya mampu tersenyum sahaja.

Masa makan malam di tepi Selat Singapura, kawan Singapura aku yang lain menunjukkan lampu dibelah kiriku itu Singapura manakala dibelah kanan ku adalah Johor. Dari pandangan mata kasar sungguh hampir sekali dengan Malaysia.

Tapi yang nyata Pulau Batam adalah bumi Indonesia. Anehnya ianya cukup hampir dengan Johor tapi dikunjungi ramai rakyat Singapura. Penduduk pulau Batam pula berbicara dalam Bahasa Melayu Riau dan mendengar lagu-lagu Melayu. Orang Malaysia nampaknya tak ramai pulak. Kalau ada pun mungkin disangka penduduk setempat!

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

aku dah kata...invade invade... korang tak mau....

4:22 AM  

Post a Comment

<< Home