Thursday, August 18, 2005

Mai Pan Rai

Sawadee menyambut kedatangan tetamu di bumi Laos. Kita harus terjaga dari mimpi bahawa kita tidak berada di Thailand. Sekali pandang seperti berada di sebuah daerah pendalaman di Thailand. Bahasanya sama, rekabentuk rumah dan rumah kedainya kelihatan tiada beza yang ketara. Malah jenis kenderaan pun sama minatnya - trak pick-up dan motorsikal kapchai.

Yang aku suka orang perempuan masih membonceng sambil duduk mengiring. Sungguh ayu dan anggun nampaknya.

Walaubagaimanapun, yang nyata ialah Laos adalah sebuah negara yang asing dan merdeka dipisahkan oleh Sungai Mekong yang tersohor itu. Tapi matawang Baht boleh dipakai dimana-mana di ibukota Vientianne. USD apa lagi tapi tidak Euro.

Satu perbezaan ialah orang di sini masih ramai boleh bertutur Bahasa Perancis. Kesan tinggalan bekas kolonial Eropah ini juga masih kelihatan di Vientianne.

Apa yang aku kagum juga ialah kita berasa selamat berada di sini. Tiada rasa gundah gulana cuma yang susah sikit nak berkomunikasilah. Rata-rata rakyatnya tak berapa fasih berbahasa Inggeris.

Namun, aku merasa tergamit dengan Vientianne ini. Nampak tenang dan damai aja .... Aku tidak kisah dan khuatir untuk melawatnya lagi.

1 Comments:

Blogger Ayah said...

Aku senang kalau kau tidak khuatir untuk melawat lagi...hummm ada makna tuuuuuuuuuuuuu......

3:28 PM  

Post a Comment

<< Home