Kampung atau tidak?
"Apa ada daerah orang miskin di Kuala Lumpur?" tanya temanku dari Malang, Indonesia semasa mengunjungi Malaysia. "Ada kampung?" tanya beliau lagi. Bertanya juga kepada diriku kenapa dia ini berminat untuk melihat kampung dan orang miskin. Adakah mahu membedakan suasana di Indonesia dan Malaysia?
Tapi kawan aku ini memang berminat mengambil foto wajah-wajah manusia dan lebih tertarik kepada kehidupan. Banyak foto-foto yang diambil beliau mengambarkan suasana kampung, kawasan konflik, perjuangan hidup dan sepertinya.
Aku juga sering bila ke luar negeri ingin melihat kawasan masyarakat biasa tinggal, kawasan setinggan dan pasar. Mungkin kerana gambaran yang diberikan di Lapangan Terbang dan hotel sahaja tidak mencukupi untuk memberikan gambaran keseluruhan negara tersebut terutamanya di negara-negara maju. Lapangan Terbangnya sudah tentu cukup lengkap dengan kemudahan prasarana untuk pengguna. Namun, belum tahu suasana kehidupan rata-rata rakyatnya. Kekadang persekitaran di sepanjang perjalanan dari "airport" ke hotel akan membantu memberi cebisan visual keadaan negara tersebut.
KLIA sudah tentu fikirku akan mengejutkan ramai pelawat terutamanya jika mereka menyangka Malaysia ini adalah mundur. Yang pasti suhu di KLIA ini boleh membuat ramai menyangka samada mereka sebenarnya berada di benua Eropah mungkin.
Biasanya yang lebih kritikal selalunya pelawat dari negara-negara yang sama waktu dengan kita. Tak apa lah mungkin teguran dan komen mereka boleh menyedarkan kita apa yang perlu diperbaiki dan diperkukuhkan lagi.
Tapi aku suka Malaysia masih ada kampung! Apakah di tahun-tahun kehadapan ini kampung-kampung kita masih wujud seperti sekarang???

3 Comments:
Skalo, Kampung di Malaysia tidak terperi indahnya. Dengan tanaman, sawah bendang, ternakan dan sebagainya. Kelihatan anak-anak berlarian, bermain dengan riang, berbasikal dan di jalan-jalan kecil motosikal dipandu tanpa memakai helmet. ..hmmm..Itulah gambaran sebuah kampung di Malaysia. Aku ingin menikmati itu. Aku kelahiran di kota ingin merasa kehidupan aman dan sepi di kampung sekali sekala. Anak-anakku perlu di beri pendedahan ini. Kampung yang penduduknya miskin masih ada rata-rata di negara kita. Adakah kampung-kampung sekarang ni akan pupus dan berubah wajah seperti Kampung Baru dengan pembangunan yang ingin dilaksanakan di luar bandar dengan kewujudan bandar-bandar satelit?
Hello Skalo
engko ke tu?
Post a Comment
<< Home