Thursday, March 09, 2006

Ekspres Rakyat I

Minggu lepas aku pulang ke Malaysia dari Singapura. Termasuk perjalanan tersebut sudah kali kedua aku berulang alik dari Singapura ke KL menaiki bas.

Kali pertama naik Eltabina Ekspres kat Pusat Tekstil di Jalan Sultan. Pening jugak aku nak cari tempat tu. Rupa-rupanya betul tekaan ku dekat dengan Masjid Sultan! Tapi kaburlah 5SD duit aku bayar tambang teksi. Kalau tidak aku jalan kaki je.

Jurujual tiket di kaunter Hentian Bas Jalan Lavender tu pun penjelasan dia tidak berapa bagus dan kurang didengari oleh aku dek kebisingan bunyi enjin bas. Hentian Bas Jalan Lavender ni ala-ala hentian bas yang kat lot parking di tepi Medan Mara dulu-dulu.

Ada dua atau tiga kiosk menjual tiket yang aku masih ingat Transnasional, Hasry and Malacca-Singapore Express.

Sempat aku solat Jumaat di Masjid Sultan yang dibina pada tahun 1926 berdekatan dengan Kg Glam. Kat area sekitar Muscat Street banyak kedai melayu dan mamak. Senang nak makan. MRT dia Stesen Bugis. Aku sempat menjamu selera di Restoran Seri Menanti.

Bas Eltabina yang aku naiki tu kira oklah 3 kerusi semuanya. Tapi tak seelok dan selesa seperti Transnasional. Pemandu pun peramah. Harga tiket 30SD dan perjalanan pun lancar hanya sekali berhenti untuk makan di Machap selepas pemeriksaan imigresen dan kastam di Tuas dan Kompleks Sultan Abu Bakar.

Yang agak bosan ialah aku tak boleh lelapkan mata aku. Radio pemandu bas tak pasang pulak. Aku tak ada walkman/CDman atau MP3 player. Nokia aku pun sempoi je tak ada radio. Hmmm, nak kena tukar ni.

Perjalanan mengambil masa selama 5 jam kalau dikira dari CIQ. Tiba di Puduraya sekitar 9 malam. Ada juga mereka yang berhenti di Plaza Tol Sungai Besi dan Stesen minyak Petronas dekat dengan Taman Teknologi tu. Aku harus ke Puduraya sebab nak beli tiket balik ke Singapura nanti. Aku beli tiket bas Transnasional ke Singapura jam 1200 malam. Harga RM30 ya bukan 30SD.

Dah lama tak naik bas. Kali terakhir naik bas masa aku berulang-alik ke KL menghadiri temuduga dulu-dulu. Ke Puduraya pun dah lama tak pergi. Ramainya orang macam biasa seperti dulu. Agak bersih sikit sekarang ni. Tapi tak banyak sangatlah. Kenapalah orang kita ni pengotor sangat?? Aku rasa DBKL patut saman je penjual makanan dan minuman yang tak jaga kebersihan ni. Pengguna yang buang sampah pun patut kena kompaun atau ditegur. Tapi kena sediakan banyaklah sikit tong sampah. Tak pun kena ada tukang bersihkannya. Indeks udara aku rasa elok sikit kut.

Aku nak tanya yang kat sebelah Puduraya tu bangunan apa yang nak dibina tu dah berzaman rasanya tak ada apa pun???

Apapun nostalgia jugak naik bas ni ... ingat masa ITM dulu......

1 Comments:

Blogger Ayah said...

dulu aku suka naik bas walau ke mana-mana. Kendian aku menemui kemudahan nak katebang. Kedian, aku mengenal naik keta. Kedian aku mengenal duit tol dan minyak. Akhirnya aku mengenal semula naik bas... yeaaaaaaaaaa!

3:46 AM  

Post a Comment

<< Home