Tuesday, June 20, 2006

Spresche Deustch??

Demam 4 tahun sekali ni dah melanda. Takkan tak nak sentuh kut. Kali pertama seingat aku mengikuti "World Cup" ni pada tahun 1978. Itupun ikut abang-abang aku tengok je. Masa tu nama yang selalu disebut-sebut ialah Mario Kempes dan Johann Cruyff. Tak silap aku juga ramailah jugak mula memakai jersi Argentina lepas Piala Dunia di Argentina tu. Masa ni aku rasa Hasbullah Awang pun masih muda remaja.

Terpampang kat TV pada ketika itu pula adalah lebih wajah Rahim Razali dan Sherkawi Jirim sahaja.

Tapi Piala Dunia yang paling mendalam penangangnya kepada aku ialah di Sepanyol tahun 1982. Maklumlah masa tu dah 12 tahun. Bolehlah ikuti perkembangan dengan berilmu sikit. Sejak dari Piala Dunia inilah aku mula meminati pasukan Jerman. Paling aku suka Litbarzki pemain memakai jersi nombor 7.

Nak mencelah sikit. Aku mula ke stadium bola sejak aku umur 7 - 8 tahun lagi. Bapa sepupu aku selalu bawa aku tengok bola Liga Malaysia masa tu. Tu minat lebih membakar tu kat bola ni.

Tahun ni ada orang kata sesi kali ini kurang meriah sikit. Bagi aku biasa aja. Masih meriah macam biasa. Agaknya sebab masih pusingan pertama. Jadi perasaan masih biasa lagi. Belum ada gundah gulanalah. Hari tu pun sempat makan kat kedai mamat masa Brazil lawan Australia. Ramailah jugak orang tengok dan bersorak termasuk kaum wanita! Malah kat tempat boli sebelah "lane" aku pun ada skrin tunjuk Jepun lawan Croatia! Tu sampai hilang konsentrasi tu. Kalau tak mesti dah dapat 300 punya ... he he he.

Tapi tahun ni aku banyak ikuti Piala Dunia di Singapura. Kan tengah bermukim di sini sekarang. Sayangnya tak ada perlawanan "free" kat saluran biasa. Lebih kecewa lagi ialah walaupun aku ada menggunakan servis TV berkabel dengan saluran sukan. Aku masih tetap kena bayar lagi untuk mendapatkan siaran eksklusif Piala Dunia. Leceh!!! Tak macam kat Malaysia. Astro kasi percuma je. Malah TV1 dan NTV7 juga ada siarkan siaran langsung perlawanan yang terpilih.

Ini adalah kali ketiga aku mengikuti perkembangan Piala Dunia di negeri orang. Kali pertama pada tahun 1994 dan keduanya pada 2002. Keduanya di bumi Amerika Syarikat. Paling mengecewakan ialah pada tahun 1994 kerana masa tu tak dapat mengikuti banyak perlawanan. Maklumlah masih belajar. Kurang wang untuk bayar "Pay-per-view" tu! Saluran Bahasa Sepanyol "Telemundo" pulak tak boleh harap. Macam saluran TV di Singapura ni. Jadi ingatan dan kenangan kepada Piala Dunia 1994 itu agak hambar.

2002 lain pula ceritanya. Maklumlah dah kerja bolehlah bayar saluran TV berkabel dan Pakej "Pay-per-view". Barulah best sikit. Lagipun Jepun dan Korea main agak baik. Cuma Jerman tewas lagi di perlawanan akhir.

Tahun ni aku fikir Jerman boleh sampai peringkat akhir kut. Jerman pun dah main stail yang berlainan dan menarik tak mekanikal lagi. Pasukan kali ini agak menyerang stailnya dan beberapa pemain mempunyai skil yang baik.

Jadi sekarang saya bawa penonton semua terus ke Stadium Olimpik di Berlin untuk menyaksikan perlawanan di antara Jerman dan Ecuador. Yang pasti Rio Ferdinand tidak akan menjaringkan gol pada malam ini dan tidak akan kedengaran suara Hasbullah Awang mengatakan "Rio Ferdinand, Rio Ferdinand" sambil memegang telefon bimbit percuma dari Maxis!!

Ayuh kita ke Berlin ..... Ja?

Gooooolllllll!!!! Ja! Dast ist Klose!! Wunderbahr!!!

5 Comments:

Blogger Ayah said...

die katze ist kaputt

3:06 PM  
Blogger skalo said...

Warum???

3:33 PM  
Blogger Ayah said...

Ich weisz nicht!

4:00 AM  
Blogger skalo said...

Keine Problem

11:01 PM  
Blogger Ayah said...

was machen Sie?

12:26 PM  

Post a Comment

<< Home