0349 Heurs
45 minit telah berlalu tetapi keputusan antara Deuschland dan Italia masih 0 - 0. Perlawanan setakat ini sungguh menarik di mana kedua pasukan silih menyerang tapi pasukan Azzuri lebih banyak menguasai bola. Banyak jugak aku belajar dari Piala Dunia seperti bendera-bendera negara yang menyertai setiap Sesi Piala Dunia mulai dari 1982. Aku juga belajar dalam bahasa Sepanyol, Jerman dikenali dengan Alemania dan orang Perancis kenali Jerman dengan panggilan Allemagne.
Tapi apa yang aku nak kongsi ialah pengalaman mengenai bahasa. Secara amnya, orang asing sangat gembira sekiranya kita dapat menggunakan bahasa mereka sungguhpun tahap penggunaan tu tak adalah setinggi mana.
Masih ingat pertama kali singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt, aku bertanya kepada "ground" krew Lufthansa di mana letaknya tandas dalam Bahasa Jerman - "Wo ist die toilette?". Tersengih si gadis berambut perang ni dengan nada terkejut berkata "Spreche Deutsch?". Lantas aku jawab "Na ja" dengan bangganya. Kemudian dia terangkan "#$@^&^^&)*_"
Alamak!! Aku baru belajar tahap 2. Tersesat aku nanti. Mana taknya sepatahpun aku tak faham. Ini dah kira tahap Phd jawapan dia. Punyalah laju dengan pelatnya sekali ...
Beliau tersengih juga tapi seakan mengerti beliau menjawab dalam Bahasa Inggeris. Lega aku sambil tersenyum. Lebih lega lagi apabila aku berjaya mengesan tandas yang dimaksudkan. Ternyata kemahiran Bahasa Inggeris aku masih bagus ... he he he
Dah tambahan masa kedua masih seri lagi ... Sekarang ni dah 0523 heurs.
Berbalik kepada kemahiran bahasa asing ni ramai kenalan aku kata nak cepat tingkatkan kemahiran kena ada teman wanita yang bertutur bahasa tersebut!! Betul ke tu ....

1 Comments:
Kebolehan berbahasa asing itu sepatutnya dituntut. Dulu masyarakat kita fasih berbahasa orang lain, itu yang menjadikan Melaka entrepot dulu... tapi semua bangsa berdekatan kena belajar bahasa melayu supaya buleh berdagang di Melaka...
Post a Comment
<< Home