10 Dolar
Aku sempat bergunting rambut hari ini di Funan Centre di outlet EC. Sebelum dapatkan servis kena bayar dulu di mesin. Keluar kad beri kepada tukang gunting rambut. Duduk dan serahkan barang-barang seperti topi dan hp kepada beliau utk disimpan. Nama tukang gunting aku ni Sam Kee. Serius je muka dia. Dia tanya "What style?". Ni soalan yang selalu diajukan yang tak reti aku nak jawab.
Stail macam mana ya?? Macam aku tahu stail-stail gunting rambut. Kan elok kalau soalan dia lebih spesifik ..ke atau cadangkan opsyennya. Jadi aku jawab "Short", jawapan standard aku. Senang. Kalau kata "Trim" nanti kan macam-macam soalan pulak keluar. Tapi si Sam ni tanya lagi "You want it slope?". Alamak ... LECEH betul. Macam mana ni? "Yeah" jawab aku. Fikirku serah pada dia je la. Sebenarnya aku nak cepat kerana aku tumpang kawan.
Lagipun, kedai ni gerenti 10 minit selesai. Servis dia okla aku kira. Mamat ni senyap dan serius je potong rambut aku. Mula-mula dengan gunting, lepas tu trimmer dan akhir sekali gunting lain pulak. Selesai je dia blow dan sedut saki-baki rambut yang dah dipotong tu. Aku tengok ok la tu. Nampak rupa aku kira oklah.
Bagusnya kedai ni semua barang dia di"sterilised" kan. Sikat yang diguna dia beri aku pulak. Kalau 10 kali pegi nanti 10 batang sikat aku dapat. Apa nak buat tu ...
Tapi yang aku tertarik tu bayaran untuk servis tu hanya 10 dolar sahaja. Masa di NY pun 10 Dolar juga tak masuk tip. Kat KL pun, secara purata aku rasa sekitar RM10 juga. Apa cerita tu?? Mereka ni ada pertubuhan ke??? Tapi kalau ditukar matawangnya lain ceritala. Tapi kita kira "constant" itu yang menarik tu.

3 Comments:
Dulu masa saya kecil... ada sorang pakcik akan datang ke rumah untuk gunting rambut... sekalid engan abang saya kami duduk depan rumah bawah pokok dan pakcik tu gunting ..harga dia 50 sen sorang..
Mana ada gunting rambut 50 sen lagi zaman sekarang ni?
Masa kat Kolej dulu mintak member je gunting free aja .. Yg kesian biasanya tukang gunting rambut tu pulak takde orang yang nak pendekkan rambutnya ...Ni ibarat tukang ambik gambar aka jurufotola .. foto orang bersepah tapi foto dia aja yang tak ada
kat selayang ada kedai cenggitu juga, tapi tak berani nak try sebab rambut pompuan komplikated skit. tak mungkin bole buat cecantik in 10 minutes...
Post a Comment
<< Home