Nasib Bata
Platform 9 bas WMT 2505. Notis mengenai perihal bas ke Singapura bertolak jam 5.30 petang. Terus aku berjalan menujunya. Terasa seperti ada yang tak kena di bawah kedua telapak kaki ku. Kelihatan tapak kasut aku sudah memberi notis untuk berhenti berkhidmat.
Aduh menyesal aku tukar kasut (kawan aku suka guna sepatu kebelakangan ni). Jam menunjukkan aku ada sekitar 15 minit sebelum bas bertolak. Pantas aku melangkah menuju deretan kedai di Puduraya.
Tiada pula kasut yang menarik perhatian aku. Terus aku beli dua "power glue" cap gajah.
Naik bas aku buka kedua kasut aku. Tengok keliling tak ada pulak yang tutup hidung. Maknanya tak ada pencemaran udara. Terus aku kerjakan tapak kasut tu.
4 jam kemudian di hentian makan di Machap di mana ekspres Transnasional berhenti untuk 30 minit, aku lihat hasil kerja ku. Sungguh tidak memuaskan. Mungkin dah sampai hayatnya kasut ni. Aku turun terus menuju supermarket di hentian ini.
Harapnya adalah sepasang selipar yang elok untuk dibeli. Kalau tidak selipar Jepun pun jadilah dari berjalan dengan kasut yang ternganga. Nanti kena pulak aku jawab fesyen baru kalau ditanya. Nasib baik ada dijual selipar yang elok. Habis RM8.40.
Tak apalah janji jalanku tidak pincang. Dengan itu tamatlah riwayat kasut Bataku ..... berkubur dalam tong sampah di tepi tempat duduk surau lelaki.

3 Comments:
elok gak kasut bata tuh koyak, kalo tak ntah bila lak nak tukar kasut baru..kan!
Tak beli kasutpun sempena the Great Singapore Sale. Kasut diorang tinggi sangat. Gayat!
Anonymus:
Sebenarnya ada sepasang kasut kira baru lah juga di Malaysia sana. Tapi apa nak buat dah tertulis terbeli kasut berjenama sikit. Kasut baru ni selesa jugak memakainya.
Ria:
Kasut saya ni tak mengayatkan kecuali kalau naik menara-menara tinggilah.
Post a Comment
<< Home