Saturday, March 11, 2006

Ekspres Rakyat II

Kali kedua aku berulang alik dari Singapura ke KL pada minggu lepas. Kali ini aku pilih untuk naik bas di Larkin. Destinasi pertama ialah Stesen MRT Kranji. Malas nak fikir panjang aku naik teksi sahaja dari Pasir Panjang. 15SD beb! Tak apa lah janji puashatikan??

Pemandu teksi aku ni seorang Singh namanya tidak pulak aku ingat panjang juga tapi bermula dengan huruf S. Dia ni tak pakai serban. Baru kahwin katanya dengan warga India dari Punjab. Diuruskan keluarga.

"You are Singaporean?", tanya aku. "Only by name boss" jawabnya.

"Why?" soal ku ingin tahu lebih lanjut.

"Difficultlah boss" jawab Encik Singh ni. Dia cerita permit lawatan isterinya akan tamat dua minggu lagi. Imigresen maklumkan tak boleh sambung lagi. Sebelum ni dia dah dapat "extension" dengan pertolongan dari wakil rakyat dia. Tapi hanya dapat 6 bulan je dan akan tamat tengah bulan Mac ni.

Isteri dia telah cuba dapatkan kerja tapi tak berjaya. Kalau dapat permit kerja di sini tak payahlah nak baharui pas lawatan beliau. Dengan nada kesal dia cerita isterinya juga keguguran dalam kesibukan menyelesaikan masalah ini. Mr Singh kita ni juga 2 minggu lagi kena lapor diri untuk National Service. Dia ni NS dengan Polis Singapura. 2 minggu dalam setahun tak silap aku.

"I think I will move to India and open a small internet cafe there" sambung beliau lagi. "With the money I earned here it would give me more value there" katanya cuba meyakinkan aku atau mungkin dirinya sendiri.

"I am doing service for the country but the Government cannot do anthing for my family!!" jawab dia kecewa.

Semangat dia nak berbicara dengan aku. Mungkin kerana lebih senang bicara dengan orang asing tak kena sembur atau dihambur stigma tidak patriotik. Aku simpati juga dengan dia. Dia kata dengan memandu teksi berapa sangatlah dia dapat kalau dibanding dengan harga kehidupan di Singapura. Lebih cerah harapan kalau pindah ke India.

Tapi dia tidak akan lepaskan kerakyatan Singapura beliau.

"All the best to you and your family" ucapku sambil melangkah keluar untuk naik bas Causeway Link.Tambang murah je 1.30SD ke Larkin.

Urusan imigresen di CIQ pun tidak lama. Tapi CIQ mereka lebih canggih dari kita yang dah agak lama. Bila CIQ baru kita siap nanti bolehlah seimbangkan imej kita.

Tiba di Larkin aku terus ke kaunter Transnasional. Tiket RM25 je. Jauh beza. Tengah aku beratur pun ada juga agen tiket bas lain cuba jual tiket kepada aku. Kerani Transnasional tu nampak biasa aja tanpa komen pun.

Pejalanan sama je 5 jam ke Puduraya. Kali ini Alhamdulillah bolehlah aku tidur sikit. Nasib baik juga sebab HP belum tukar lagi. Kalau tak kebosanan yang nyata. Bas pun penuh. Cari MP3 bagus jugak ni. Dengarnya MP4 pun dah ada. Alamak dah ketinggalan jauh aku ni ....

Secara keseluruhannya aku rasa elok naik di Larkin kerana lebih banyak syarikat bas yang boleh dipilih. Jadual perjalanannya pun lebih fleksibel. Transnasional sahaja ada bas setiap sejam. Tu baru satu syarikat. Yang lain-lain tu tak lah pulak ku tahu. Cuma masa perjalanan aja lama sikit kerana dari Pasir Panjang kena ke Larkin. Itupun dah hampir 2 jam.

Walaubagaimanapun, bagusnya tak payah tunggu lama di Larkin. Kalau di Lavender Street tu pilihanya terhad oleh jadual perjalanan bas. Kospun lebih murah. Lain kali aku akan naik MRT je ke Kranji.

Murah sikit tapi tak dapatlah tahu cerita dari orang seperti Mr. Singh.

1 Comments:

Blogger Ayah said...

Maksaalah aku bila naik bas ialah bila kena duduk sebelah cik adik manis yang tak berenti menceceh.. aku nak baca buku pon susah... nasib betul...

4:37 AM  

Post a Comment

<< Home