History atau Sejarah
Minggu lepas seorang rakan aku dari China mengikut aku pulang ke Malaysia. Tepat jam 8.15pagi kami berdua bergerak ke stesen MRT Harbour Front. Rencananya kami akan berangkat ke Malaysia dengan bas ekspres Transnasional pada jam 10.00 pagi. Sekitar jam 9.00 pagi kami tiba di stesen Boon Keng. Dari situ kami berjalan ke stesen bas Jalan Lavender.
Agak terkejut juga bila tiket untuk jam 10.00 pagi dan 12.00 tengahari sudah habis. Ini adalah pertama kali aku gagal mendapatkan tiket pada hari Khamis. Kebiasaannya aku tidak menghadapi masalah walaupun tiba 15 minit sebelum bas bergerak. Bas biasanya kosong kecuali perjalanan pada hari Jumaat. Alasan yang aku berikan kepada kawan aku ialah musim cuti sekolah. Dia nampak kecewa kerana hanya ada kekosongan pada perjalanan jam 5 petang. Maknanya jam 10 malam baru tiba di KL.
Bila bertanya di kaunter Ekspres Eltabina, jawapan diterima ialah perjalanan jam 3 petang. Lama lagi tu - 6 jam lagi. Jadi aku cadangkan supaya ke Larkin sahaja. Kerana mahu kejar masa kami naik teksi ke Kranji.
Di CIQ Woodlands, kami terpisah sejenak kerana aku beratur di laluan untuk paspot Malaysia manakala rakan aku di laluan untuk pelawat dari negara-negara lain. Bila dia selesai dahulu rakan aku terus menelefon aku bertanyakan di mana aku berada. Nampaknya resah juga mamat ni. Sebenarnya dia ada mengatakan bahawa dia akan merasa lebih terjamin ke KL dengan aku dari bersendirian. Pegawai imigresen Singapura tersenyum bila aku beritahu kawan aku supaya tunggu diluar dan jangan bimbang ...
Di CIQ Malaysia, aku lepas dahulu. Rakan aku terpaksa isi borang imigresen dahulu. Tersenyum dia bila melihat aku menunggu di luar pintu sana. Legalah tu.
Dia katakan bagus juga tak ada tiket bas dari Singapura. Dapatlah dia lalui pengalaman di Tambak Johor dan juga melihat sekitar bandar Johor Bahru.
Semasa di atas bas dalam perjalanan ke Larkin, aku ceritakan semasa melalui tepi Istana Sultan Johor bahawa tentera Jepun dahulu menggunakan menara di situ untuk meninjau kedudukan tentera British di Singapura. Tertarik dengan percakapan kami mengenai Perang Dunia ke II, penumpang melayu dari Singapura yang duduk di sebelah kawan aku turut masuk campur dan menceritakan sejarah penaklukan tentera Jepun ke atas Singapura.
Aku biarkan aja dia membuat penerangannya. Bila dia beritahu tentera Jepun dibenarkan oleh Kerajaan Burma untuk menggunakan wilayah mereka untuk menyeberang ke Malaya, aku pasangkan telinga dengan lebih dekat. Lebih menakjubkan lagi apabila mamat ni mengatakan bahawa Jepun menyerang Singapura melalui laut ... wah ini sudah banyak gorengan ni! Tapi aku biarkan aja sebab tak nak malukan mamat tu dahulu. Mungkinkah ini sejarah yang diajar di sekolah di Singapura. Tak mungkin kerana maklumat ini tidak terdapat di Muzium mini di Bukit Chandu.
Bila ada peluang aku beritahu rakan aku kalau dia melawat beberapa tempat di Singapura di mana terdapatnya kubu-kubu pertahanan tentera British pasti dia akan nampak meriam besar yang menghala ke laut. Aku jelaskan ini adalah kerana pihak British menyangka serangan akan datang dari arah laut. Namun, Jepun tidak menyerang Singapura dari arah laut tapi menyeberang dari Johor.
Aku tak tahulah mamat tu dengar ke tidak percubaan aku untuk menyampaikan bahawa dia salah. Tapi dia terus aja sambung "history" dia. Mungkin dia pasti aku yang mengoreng!!
Bila tiba di Larkin setelah membeli tiket perjalanan jam 12 tengahari ke KL, aku ajak kawan aku makan nasi ayam di medan selera di tingkat 3, Terminal Bas Larkin. Sambil makan aku beritahu rakan aku apa yang mamat melayu tu cerita tidak semuanya tepat. Kawan aku nampak terpingga-pingga juga tetapi aku rasa dia lebih percaya cerita aku daripada profesor serba tau tadi.
Agaknya inilah yang dikatakan "HIStory"!

4 Comments:
HIStory tu Michael Jackson...
Tentera Jepon turun dulu di kelantan. lagi satu turun di Songgora. Ynag di kelantan turun ikut pantai timur....yang satu ikut pantai barat... yang tentera british berundur sampai dah takda tanah...
Nanti kalau pi Temasik lagi, nak pi tengoklah meriam-meriam tu. Boleh tak?
Ayah: Kau memang Prof Esmeritus!!
Ria: Boleh saja kalau saya tidak pulang ke tanahair ..he he he
lepas dah 50 tahun, tentera dari abwah pulak berhajat nak naik ke atas.. tapi bukan dengan senjata... denganw ang ringgit dan penjualan pasir dan tanah segala....
Post a Comment
<< Home