Monday, January 30, 2006

Gong Xi Fa Cai

Gong Xi Fa Cai atau selamat tahun baru! Tapi bagi kita di Malaysia, biasanya ungkapan ini ditujukan kepada mereka yang berketurunan Cina. Semasa kecil sangkaan aku perayaan ini disambut oleh penganut ajaran Budha. Rupanya bila dah besar baru ku sedar kaum Cina beragama Kristian juga menyambutnya.

Tapi sebenarnya masih ramai lagi yang menyambutnya selain mereka yang berketurunan Cina. Malah orang Vietnam juga dan Korea dan entah siapa lagi yang akan aku pelajari nanti.

Satu lagi yang aku pelajari ialah tidak perlu ungkap "Selamat Tahun Baru Cina". Cukup sekadar "Selamat Tahun Baru" aja. Lebih tepat dan boleh dipakai kepada kawan aku dari China, Singapura dan juga Vietnam. Ini aku pelajari di majlis makan malam di kampus anjuran kawan sekuliah semua.

Presiden kumpulan aku dari China pula bertanya "Are you a Muslim? Do you need special food to be prepared for you?". Tenang aku jawab iya dan seterusnya menerangkan kepada beliau bahawa aku hanya makan makanan halal sahaja. Sambil meminta maaf dia jelaskan ini tidak dia sedari kerana lebih tertumpu kepada kawan-kawan dari India yang mahukan hidangan "vegetarian".

Kesian juga rakan-rakan ku dari China dan Vietnam berjauhan dengan keluarga di musim perayaan sebegini. Namun, mereka maklumkan ada undangan untuk bersama warga senegara di Kedutaan mereka. Bagus juga tu fikirku. Masa Hari Raya Haji baru ini tidak pula aku diundangi teman dari Kedutaan Malaysia. Apapun aku tidak berharap untuk diundang kerana berat juga hatiku nanti untuk menolak jemputan itu nanti.

Semuanya ada hikmah ya ..

Oh ya, kebetulan umat Islam juga akan sambut Awal Muharram besok!

2 Comments:

Blogger Denise said...

kecik dulu aku suka raya cina sebab masa tus elalu cuti dan ada citer cina kung fu yang menarik..

aku hairan kenapa kita sangat mempertahankan budaya menyambut raya orang lain... aku rasa perlu ada satu raya besar dan orang lain kena sambut raya tu tanpa megira adat, agama dan bangsa...

5:20 AM  
Blogger skalo said...

Yang itu bukan ke sambutan hari kebangsaan ke????

6:14 PM  

Post a Comment

<< Home