Visa oh Visa
Ini bukan cerita mengenai kredit kad visa tapi permohonan visa aku ke Amerika Syarikat (AS)! Dah lebih sebulan aku memohon tapi masih belum ada jawapan dari Kedutaan AS di Singapura. Terlepas peluang aku untuk belajar selama 10 minggu di Universiti Columbia di NY. Rakan-rakan ku sudah tentu bertungkus lumus belajar dan menikmati suasana di NY. Namun begitu InsyaAllah aku akan ke sana pada bulan Januari nanti. Itupun kalau visa aku luluslah.
Pelik jugak kenapa sebegini lama mereka hendak proses permohonan aku sedangkan tentunya mereka mempunyai rekod mengenai aku. Aku pernah bekerja di NY selama 3 tahun setengah sejak 2000. Malah setiap tahun sejak 2004 aku berkunjung ke NY kerana tugas. Mana hilang semua rekod aku. Mungkin dalam fail X di Langley atau DC agakanya ....
Atau sebenarnya mereka tidak mempunyai sistem rekod yang lengkap sebenarnya. Sekolah aku melandaskan kelewatan tersebut berpunca dari kekalutan aktiviti Scotland Yard ke atas penganas di London baru-baru ini. Entahlah ...
Menurut staf Kedutaan AS di Singapura, nama aku menyamai senarai yang terdapat dalam senarai hitam mereka!! Hmmm yang mana satu ya ... Apapun mungkin ada hikmahnya! Yang pasti aku berpeluang berpuasa dan berhari raya bersama keluarga ... Alhamdulillah.

1 Comments:
Iye, Pak Cik Sam memang bengong. Yang pastinya isteri kamu bisa menikmati kehadiran kamu berpuasa dan lebaran bersama. Keluarga jugak...Ngak disesali takdir. Lebaran di mana kok si? LOL
Post a Comment
<< Home