Kampung Pasir Panjang
Apartment ku alamatnya #3 Chwee Chian Road terletak di tepi jalan yang mempunyai hubungan dengan lipatan sejarah Malaysia aka Malaya semasa Perang Dunia Kedua dulu. Jalan yang aku maksudkan ialah Jalan Pasir Panjang. Pada masa itu satu pertempuran hebat berlaku di sini melibatkan Rejimen Askar Melayu dan tentera Jepun. Tapi aku tidak mahu bercerita mengenainya di sini sebelum aku melawat satu muzium perang berdekatan kampus NUS ini, iaitu di Bukit Candu.
Unit aku terletak betul-betul berhadapan dengan jalan ini yang bagiku sibuk sekali dengan lalulintas terutama lori-lori kontena. Kawasan ini berdekatan dengan pelabuhan maka banyak kontena kelihatan disusun rapi dan bertingkat di tepian jalan ini. Hanya sekitar 1 pagi hinggar binggarnya mula reda. Itupun hanya sekitar 4 jam saja agak sunyi. Kemudiannya kenderaan mula mundar-mandir kembali.
Kawasan tempat tinggal aku ini agak up market. Kelihatan ramai espaktriat makan dan minum di Pasir Panjang Vilage, satu kawasan deretan rumah kedai lama yang kini menempatkan beberapa restoran "mewah" yang menyasarkan golongan gwai-lo ini. Sayangnya tidak ada pula satu pun yang aku tahu mempunyai tanda halal dipamerkan. Ada beberapa pub juga di "kampung" ini.
Tapi nasib baik tidak berjauhan dari situ ada deretan rumah kedai lagi yang mempunyai restoran mamak. Selama hari ini, itulah dapur aku. Biasanya kalau balik dari kampus aku terus ke situ untuk makan malam.
Di sekitar kawasan ini terdapat beberapa kondominium mewah yang lengkap dengan kemudahan seperti kolam renang dan gelanggang tenis. Sayangnya tak ada gelanggang bolakeranjang. Kalau tak pasti aku sudah menggunakanya.
Di "kampung" ni juga ada supermarket Cold Storage tapi harganya agak mahal sedikit. Tapi aku tak kisah sangat sebab malas nak naik bas ke "pekan" terdekat untuk beli barang. Aku perhatikan minah cashier tu senyumnya lebar sikit semasa melayan mat salleh. Mungkin juga dia dah biasa dan kenal mereka. Tidak boleh buat rumusan tu.
Yang anehnya ada satu Masjid di sini sungguhpun tidak ramai kelihatan rakyat Islam di sini. Waktu berjemaahpun hanya satu saf sahaja itupun tidak penuh. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah dapat juga aku bersolat di situ.
Tinggal di apartment atau kondo ini mengingatkan aku pula kenangan di NY dulu. Maklumlah duduk dalam sarang merpati ini agak rimas dan terkongkong rasanya. Cumanya di sini aku di tingkat 1. Kalau di sana dulu tingkat 19. Bunyi bising tak menjadi masalah bagiku. Tidur nyenyak juga. Maklumlah dah biasa dulu di NY kan.
Kampung-kampung sebenarnya di Singapura ini sudah tidak ada. Aku pernah terbaca artikel di mana mamat sorang ni menyatakan bahawa kawasan rumahnya dulu kini di bawah persimpangan jalan bertingkat! Lainya hanya tinggal memori sahaja. Begitu juga dengan "Kampung" Pasir Panjang. Hanya deretan rumah kedai lama yang telah dibaikpulih. Satu nama yang komersil.

2 Comments:
Pasir Panjang... 13-14 Februari 1942.. the last effective resistance against the marauding Japanese troops.. C Coy of the Malay Regiment...
Gempur Wira!!
Post a Comment
<< Home