Sunday, October 29, 2006

Rumah Tigabelas

Setelah hampir 18 tahun meninggalkan rumah tempat aku dibesarkan, malam ini terfikir berapa banyak rumah yang telah aku diami. Malah rumah ibubapa aku sekarang pun telah berubah dari asalnya. Dari rumah kayu setingkat beratap bata keping kini telah ditukarkan ke batuan konkrit dua tingkat. Kekadang aku cuba mengingati kembali setiap bentuk dan ruang rumah lama aku.

Kalau dulu bilik tidur aku tiada kipas tapi tidak terasa bahang kepanasan di luar sana. Mungkin kerana angin masih bisa masuk dari sisip angin dan juga jendela yang terbuka luas di siang hari. Malam siap berkelambu lagi tapi masih boleh berselimut. Dinihari akan terasa kedinginannya. Sekarang malah bertemankan kipas angin berdiri tidak cukup untuk meredakan kepanasannya. Tapi itu cerita bezanya rumah dulu dan sekarang.

Kali pertama aku berpindah rumah ialah semasa rumah sediada di kampung sedang dibina. Hampir setahun tinggal di rumah sewa setingkat dua bilik yang letaknya tidak jauh dari rumah ibuku sekarang. Tapi aku tak lama di situ kerana dijemput belajar di Shah Alam sana.

Asrama aku di Seksyen 2. Rumah kedua aku ni bertempat di seberang asrama Jati yang popular tu. Di tingkat dua mempunyai pemandangan menghala ke kediaman orang awam di tepi surau. Apa nama jalannya aku sudah tidak ingat lagi. 6 bulan juga aku di sini. Yang bagusnya nak ke Komplek PKNS atau ke Tasik Shah Alam boleh jalan kaki je ...! Kalau tak naik bas mini lah!

Rumah ketiga aku ialah bila berpindah ke asrama di Seksyen 18. Kali ini aku ditempatkan di tingkat 5 Blok 15. Kini sudah tukar nama dan tukar kaler. Kedia-kedia pun dah banyak. Giants pun dah ada. Dulu macam gurun saja nak makan pun susah bila tengah malam. Nasib baik ada abang ni. Malam-malam bila lapar sambil menelaah tu boleh jerit je kat dia kat bawah di luar pagar sana - "Nasi goreng cili api mata kerbau satu!!". Beberapa minit nanti abang tu akan jerit "Tingkat 5 Blok 15, nasi goreng siap!!". Nasi goreng dia pedas tapi sodap!! Yang pasti kena beli air sekalilah ...

Rumah keempat bila pindah ke flat di Seksyen 17. Tingkat 5 jugak. Kali ni bukan asrama tapi flat biasa. Jadi tinggal dengan masyrakat lah sikit. Sebelum ni golongan pelajar je! 3 unit semua rakan belajar. Hanya satu unit je bukan yang sewaktu dengan aku- minah bujang kerja kilang. Tak silap aku semuanya dari Perak. Yang hairannya tak ada pun yang tersangkut dalam ramai-ramai tu. Bagusnya kat sini seminggu sekali ada pasar malam kat jalan depan tu. BSN pun dekat. Tak yah lah ke Kompleks nak keluar duit.

Bila tiba Arizona kena lah cari rumah baru kan. Sempat duduk 2 rumah jugak kat sana. Rumah pertama kat East 6th Street depan satu sekolah menengah rendah. Rumah aku ni ada satu bilik je dengan satu bilik air dengan dapur. Kecik giler! Duduk 3 orang. Member aku dua orang dok kat dalam pakai katil dua dek. Aku bilik besar kat ruang tamu! Pakai tilam je aka sofa bila member datang. Bila ada game "American Football", boleh sewakan laman untuk sewa kereta! Bolehlah beli ayam halal sekor kut!

Rumah kedua aku besar sikit ada 2 bilik kira-kira 2 blok dari rumah lama. Kat sinilah ada orang pecah masuk curi harta benda member aku. Hanya sehelai jeans Levis aku kena kebas. Bengang gila kat pencuri tu! Tingkap aku pun habis pecah. Member aku masa tu bercuti kat UK! Tidur sorang le aku dengan tingkap pecah tu. Risau juga. Nasib baik musim panas. Kalau tak beku aku!!

Pulang Malaya setahun aku menganggur .... he he he. Jadi tinggal rumah mak aku kat kampung la. Sekali sekala pegi KL hadir temuduga. Rumah keenam aku kat Pantai Dalam. Macam mana aku boleh tinggal di situ kelakar jugak. Arakian, sekembali pulang dari Kursus Induksi di Sungai Petani, aku turun di Chow Kit dekat HKL dengan kenalan baru dari senegerilah. Dia tanya aku nak pergi mana. Aku cakap tak tahu lagi. Dalam kepala aku nak tuju rumah mak sepupu aku je di TTDI! Tapi tak telefon dia lagi. Masa tu handphone baru je menjelma. Tak berleluasa macam sekarang. Saiznya pun besar-besar. Jadi aku ikut aja kawan aku ni ke Pantai Dalam.

Sampai je rumah setingkat dua bilik ni dia perkenalkan kat member2 dia di situ. 4 orang senegeri termasuk 3 sekampung dengan kawan aku. 2 lagi budak Ganu. Mereka ni rileks je. Hampir seminggu di sana aku dah mula baik dengan yang lain-lain. Terus diajak tinggal di situ. Maka, mulalah kenangan di sana selama setahun. Malam menjelma bawa keluar tilam Toto buatan Siam di ruang tamu buat alas tidur aku. Sebelum kerja ianya digulung dan disimpan di bilik tidur depan.

Tolak aku dan kawan aku tu yang lain semua ada motorsikal. Kami je le yang naik bas pergi kerja tapi berlainan destinasi. Kenalah bersendat. Maklumlah ramai orang tinggal kat Pantai Dalam ni. Bila pergi kerja selalunya aku berdiri sekitar tangga bas saja. Yang kurang senang kat sini ni tempat ni dekat kolam pembentungan najis. Jadi udaranya kurang segar. Nasib baik malam-malam kurang sikit "keharumannya".

Setahun berlalu aku diperap selama 11 bulan untuk menghadiri kursus tetap berkaitan tugasan aku. Duduk asrama lagi. Tapi best sikitlah sebab yang ni bilik dia tinggal dua orang sahaja dan siap dengan bilik air. Makan pun percuma.

Habis kursus ini tambah lagi 4 bulan di Jalan Elmu, PJ. Kali ni duduk sorang. Ada penghawa dingin dan bilik air. Biliknya kecil tapi selesalah untuk sorang.

Tamat 4 bulan berElmu aku pindah ke Keramat Permai. Rumah sewaan aku di tingkat 2 atas rumah kedai. Aku tinggal dengan adik aku. Kat sini makan senang sebab banyak kedai makan di bawah sana. Siap ada supermarket lagi kat bawah. Tapi nak pergi kerja 6.30 pagi dah kena jalan. Tumpang member sementara.

1998 aku pindah Jalan Wira 2 Kampung Pandan. Ada pokok mangga depan rumah aku. Ranum juga buahnya bila tiba musim buahnya. Siapa punya aku pun kurang pasti. Tunggu nak petik aku balut dengan kertas suratkhabar. Bila nak ambik pegang balutan terasa kosong aja. Dah kena kebas orang rupanya. Seminggu sekali aku beli nasi kerabu kat pasar malam tepi jalan di kiri rumah aku. Sungguh asli masakannya. Susah tu kat KL ni.

Rumah kesebelas ku nun tinggi dilantai 19 tapi bukan di Malaya. Di negeri "Big Apple". Dua bilik tidur dan dua bilik air. Luasnya sekitar 1000 kaki persegi. 3 tahun juga mendiaminya terasa macam burung merpati pulak. Bagusnya di sini ada gym dan sangatlah dekatnya dengan pejabat aku. Jalan kaki sahaja. Tapi basuh membasuh kena buat di laundrymat di tingkat 4. Tapi 'maid' aku yang selalu buat.

Presint 11 Putrajaya kediaman keduabelas aku. Aku suka di sini. Tenang dan tidak bising macam di NY. Duduk pun berpijak di tanah. Tapi tak lama di situ. Kira-kira 2 tahun sahaja. Dek kerana tugas aku kira-kira hanya setahun aja aku tidur di situ. Selebihnya di luar negara kat hotel dan atas kapalterbang.

Julai 2006 aku pindah ke rumah sendiri di Presint 16. Jiran India aku di Presint 11 sana agak sedih juga bila kami pindah. Tapi baiknya dia siap tolong pindahkan barang aku dengan Van Preggionya. Mungkin kerana kami ni tak banyak kerenah bila mereka sidai kain dan karpet di kawasan kami.

Sungguhpun sebelum ini bila pulang ke "rumah-rumah" aku dari pejabat, terasa aman dan senang, perasaannya tidak sama dengan kepulangan ke rumah sendiri. Kepuasannya lain meskipun hutangnya akan hanya terlunas bila aku pencen nanti, insyaAllah. Meskipun masih banyak ruang boleh diisi dan diperindahkan.

Itu dia tigabelas rumah semuanya sejak aku melangkah ke kolej hampir dua dekad dulu meninggalkan penghidupan bersama ibubapa aku. Tapi pengiraan ini tidak termasuk penginapan sementara aku di Temasek.

Mungkin ada yang keempat belas nanti dan seterusnya? Yang pasti aku akan tetap pulang ke rumah ke-13 belas ini sehingga aku bersara. Lepas tu balik kampung!!!

Tapi ada pesanan oleh seorang imam baru-baru ini. Baguslah rumah di dunia ini dibina dengan baik. Tapi jangan lupa pulak pembinaan rumah di alam lain. Nanti tidak sempurna senibinanya ........ Menyesal tak berguna pesan dia lagi.

8 Comments:

Blogger zlaa said...

Nice blog. Keep on writing.

From:
zlaa
http://www.zlaa.blogspot.com

10:21 AM  
Anonymous Anonymous said...

Zlaa,

Thanks.

11:52 AM  
Blogger seni_itu_indah said...

sronok ye pengalaman with 13 diff house. yee jati memng fofular sampai ke hari ni.. specially skarang ni dah ada lori mini yang jual nasi lemak terhangat di pasaran kat situ... lagi memfemeskn jati.. not to forget tempat untuk menunggu pokcik2 bus untuk membawa kami ke fac masing2(kadang2 pokcik bus main lalu je taknak ambil(!_!)slalu kene tinggal)

8:36 AM  
Anonymous Anonymous said...

Seni_itu_indah:
Uitm dah 50 tahun sekarang. Sudah banyak perubahan di Seksyen 2. Gerai makan tu dah tak ada kan?

2:25 PM  
Blogger seni_itu_indah said...

ha ah.. baru lepas habis konvo bulan 11 hari tu.. tak datang ke festival uitm? gerai makan tu masih ada cuma dah dialihkan ke bahagian lain.. mengadap ke wet world. Tapi harga dia masih lagi maintain..(~_~)

5:39 AM  
Anonymous Anonymous said...

banyoknya rumah nko segala... nko ni banyok bini jugak ke?

11:14 AM  
Blogger skalo said...

Anonymous,

Apa kau ni semuanya segala macam serigala.

2:53 PM  
Blogger Ayah said...

rumah nombor 14 nanti macam istana

7:37 PM  

Post a Comment

<< Home