Tuesday, December 26, 2006

Pulau Pinang ke Penang?


Sudah lama tidak menulis. Bukannya apa sebab dah lama tak melawat negara lain. Tapi ada juga berpeluang melancong di negara sendiri. Baru-baru ni aku berpeluang ke Pulau Pinang.

Bukan kali pertama tapi kelima rasanya. Pertama kali dahulu pada tahun 1995 bersama teman seangkatan. Dua bas lagi. Waktu tu kami tinggal di Hotel Sunway di tengah-tengah Georgetown. Sempatlah melawat Taman Botani, Kampung Seronok dan makan pasembur di Persiaran Gurney.

Kali kedua bersama beberapa teman sepejabat untuk mewakili jabatan aku dalam pertandingan bolatampar pantai. Kami tinggal di Feringhi di apartmen 3 bilik kalau tak salah aku. Kami tak lama dalam kejohanan tu sebab tewas pusingan pertama lagi ..... Kali ni tak banyak berjalan kerana terpaksa menyokong team bola semua. Mereka pun kalah di suku atau separuh akhir.

Ketiga, aku diarah pergi Mesyuarat oleh bos dengan notis tak sampai 5 jam. Bergegas aku ke airport. Tapi bagus juga sebab dapat tinggal di Equatorial kat Bukit Jambul. Cantik hotelnya. Tapi kat hotel sahajalah.

Kali keempat baru lagi tahun 2005. Singgah di airport Pulau Pinang sahaja. Tak sampai pun 30 minit kat atas tarmac, dahpun berlepas semula ke Subang.

Kali kelima baru 2 minggu lepas. Tinggal satu malam di Feringhi di hotel Casuarina. Semalam sahaja di situ. Dah agak teruk keadaan hotelnya. TVpun tak ada Astro. Boring betul! Tapi sarapan pagi kat kafe dia tu oklah jugak. Khabarnya hotel tu akan diubahsuai selama 3 tahun untuk dijadikan hotel Hard Rock Cafe. Yang kesiannya, pekerjanya akan kehilangan kerja mereka. Apalah yang mereka akan buat nanti .... semoga rezeki mereka tidak tertutup.

Feringhi ni di waktu malam meriah juga. Gerai menjual barangan kulit, jam, DVD semua ada. Tiruanlah semuanya. Tak ada pulak aku tengok mat dengan minah salleh tu komplen masa membeli. Sengih adalah.

Penginapan seterusnya di Hotel Naza di Tanjung Tokong. Bertaraf 3 bintang terletak di antara Feringhi dengan Geargetown. Rasa Char Kwe Tiaw dia ... best jugak! Ada seorang pelayan dia ramahnya sungguh mesra. Petah sungguh bercakap. Sarapan paginya pun ok juga. Yang kurang menariknya pantainya tak seindah di Batu Feringhilah. Yang kelakarnya minta tambah tuala pun kena bayar!! Tak pernah aku alami sebelum ini. Tapi secara keseluruhannya perkhidmatannya memuaskanlah.

Kali ini sempat ke Bukit Bendera. Dekat setengah hari juga menghabiskan waktu di sana. Beli tiket cepat tapi menunggu giliran keretapi sampai dua jam sebab waktu beratur tu tiket yang dijual adalah untuk jam 1.30 petang. Kami tiba jam 11 pagi. Jadi duduk kafe dia minum teh beng lah jawabnya. Nak makan pun kenyang lagi.

Satu pengalaman menarik juga naik keretapi di sini. Ianya ditarik oleh kabel. Dibina pada tahun 1977 dari rekabentuk Switzerland. Tapi aku tak pasti samada ianya dibina di sana atau di Malaysia. Maknanya dah 29 tahun dalam perkhidmatan.

Untuk ke puncak kocnya akan membawa ke stesen tengah dahulu sekitar 400 meter dari aras laut. Dalam pendakian sudah terasa kedinginan suhunya dari stesen di bawah sana. Di stesen tengah itu kita tukar koc untuk naik lagi ke puncak Bukit.

Di puncak ada Balai Polis, pejabat Pos Malaysia, Masjid, kedai makan dan beberapa hotel kecil. Pemandangan bandar Georgetown di bawah juga kelihatan menarik sekali. Jambatan Pulau Pinang juga kelihatan dari sini. Kalau datang Pulau Mutiara ni kenalah mai Bukit Bendera ni. Tak sah nanti.

Pulau Pinang ni agak terkenal juga kerana ramai teman sekuliah aku di Singapura tahu mengenainya. Satu tempat lagi yang cukup terkenal ialah Genting! Menurut seorang teman aku dari seberang dia lebih kenal Melaka, Johor dan Pulau Pinang dari Kuala Lumpur. Tadi aku ada melihat dokumentari mengenai Menara Berkembar Petronas. Menurut arkiteknya, Cesar Pelinni dari Itali, dia mahukan Menara ini lakukan seperti apa yang di buat oleh Menara Eifel terhadap Paris. Tun Mahathir pun kata Malaysia ni kurang terkenal antara lima negara ASEAN yang asal. Agaknya benarlah tu. Kini, Kuala Lumpur sudah sinonim dengan Menara berkembar yang seperti dua pensil mekanikal atau dua batang jagung ini. Dah berjayalah tu .......

Kalau waktu datang aku susuri Jambatan Pulau Pinang. Waktu balik terasa nak cuba naik feri pulak. Untung hari Sabtu (pagi), jadi kereta tak banyak. Waku menyeberang terasa seperti menyeberang ke Ellis Island pulak. Cuma kereta di kanan aku banyak Proton dan Perodua berbanding Chevy atau Pontiac! Keluar je dari Feri aku dah bersedia nak bayar tambang. Tapi terus sahaja tidak disuruh berhenti di pondok tol .... wah sudah bagus ni percuma. Memang begini ke??? Siapalah bagi subsidi ni ???? Mungkin duit tol yang aku bayar naik jambatan hari tu kut!!

5 Comments:

Blogger maklijah said...

Lama juga awak tak ke Tanjung, ek? Sampai naik feri tak kena tambang dah pun awak tak tau. Tak rasa apam balik kat stesen teksi feri tu? Sedapnya... terbayang-bayang...

7:40 PM  
Blogger skalo said...

Ria,

I mana lalu sangat arah sana. Bab apam tu kenapa tak habaq awal-awal

4:47 PM  
Anonymous Anonymous said...

Habis gunung segala kau naik ye?

10:39 AM  
Blogger skalo said...

Anonymous:
Taklah habis semua gunung. Ada lagi yang belum. Korbu dan Kinabalu pun belum ... bilalah gamaknya ....

1:49 PM  
Blogger skalo said...

Anonymous:
Taklah habis semua gunung. Ada lagi yang belum. Korbu dan Kinabalu pun belum ... bilalah gamaknya ....

1:49 PM  

Post a Comment

<< Home