Saturday, November 18, 2006

Semua Boleh Terbang???

Satu hari tu ada dok bincang dengan kawan kisah jalan-jalan ni. "Agaknya dah berapa negara kau lawat ya?" tanya dia. Sebenarnya ada juga terfikir nak hitung-hitung tapi dek kesibukan yang segala macam hajat itu belum kesampaian. Hari ni datang pulak hasrat nak mencuba kekuatan daya ingatan dan skil ilmu hisab ku. Mungkin juga ilham ni datang bila aku terima sms memaklumkan anak saudara aku dapat 5A dalam UPSR baru-baru ni. Agaknya terasa diancam oleh kebijakan beliau gamaknya.

Melalut pula. Ok mula ....satu, dua, tiga ......... eins, swei, drei ....

Seingat akulah negara pertama yang aku kunjungi ialah Thailand. Ni masa umur dalam 5 - 6 tahun bila aku dibawa oleh arwah datuk ku ke Selatan Thailand. Bukan Golok tahu .. jauh sikit iaitu Naro (bahasa orang kat situlah). Kalau tengok dalam peta mesti tak dapat carilah. Habis pening Asian Explorer tu ... Narathiwat adalah. Tu lah dia sebenarnya. Apa benda "Thiwat" tu aku tak tahu lah. Kena tanya Kun Surayud sekarang sebab aku baca Thaksin dok beli-belah kat Hong Kong. Orang tempatan panggil Menara (tapi sebutnya Naro).

Kedua ialah Temasek yakni Singapura semasa aku berumur 12 tahun. Lepas lawatan ke selatan tanahair tu duduk Malaya je sebab masa tu Tony Fernandez masih belajar lagi kut .... tak ada Air Asia lagi. Cerita pasal kapalterbang ni bila ya kali pertama aku naik kapalterbang?? Bila ya? Nanti nak korek RAM aku ...

Kali pertama naik kapalterbang ialah masa aku ke Sabah. Ke Lahad Datu sebenarnya. Masa tu umur aku 16 tahun. Cerita dia masa lainlah. Sekarang ni nak conggak destinasi antarabangsa sahaja. Sekadar selingan.

Setelah lama bertapa akhirnya aku naik pesawat MAS lagi setelah pertama kali terbang diawangan 3 tahun dulu ke Sabah. Ramai kawan-kawan turut serta maklumlah nak sambung pertapaan di bumi Amerika kat padang pasir sana. Orang pergi tempat salji aku pergi "tanah arab"!!! Nak baca lanjut pengalaman ini klik sini!

Bila mula kerja baru rancak paspot aku dicop oleh pegawai imigresen dari pelbagai negara tak kiralah dari benua Eropah hingga ke Amerika, Asia atau Afrika.

Di bawah adalah senarai negara-negara yang telah aku lawati:

Amerika Syarikat (banyaklah kalinya), Afrika Selatan (4 kali), Arab Saudi (2 kali), Bangladesh, Belanda, Belgium, Brunei, China (3 kali), Filipina, Indonesia (3 kali), Iran, Ireland, Jordan, Korea Selatan, Laos, Lesotho, Malta, Mesir, Myanmar, Pakistan, Perancis, Qatar, Rusia, Jerman (2 kali), Singapura (berapa kali ya), Sweden, Switzerland (2 kali), Thailand lagi, UAE (banyak kali juga), United Kingdom (banyak kali juga), Yemen dan Zimbabwe.

Berapa tu - 32 negara semuanya. Ingatkan banyak lagi. Yang singgah kat airport tu tak perlu kira sebab tengok dalam airport sahaja. Inilah sahaja kekuatan daya ingatan dan ke"pakar"an ilmu hisab aku .... Semuanya pun dengan kebenaran Beliau. Semoga aku diberi rezeki lagi untuk melawat lebih banyak negara terutamanya negara Amerika Latin bagi meluaskan permandangan aku .......

Ada pepatah mengatakan (pepatah mana aku lupa pulak), membaca buku memberi ilmu tetapi melawat negara lain lebih banyak ilmu dapat ditimba. Begitulah kira-kira maknanya.

Pepatah melayu aku ingatlah "Jauh perjalanan luas permandangan"... poket pun kena luas juga ha ha ha ... Tony Fernandez tak setuju kut .....!!!

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

banyak nya engkau melawat negara dunia segala.... engko ni koejr apa? Jual minyak petrol ka?

11:10 AM  
Blogger skalo said...

Saudara anonymous,

Aku kelasi kapal.

2:51 PM  

Post a Comment

<< Home