Monday, January 15, 2007

KUL-EWR

Salju putih menyambut aku di Lapangan Terbang Arlanda. Masa krew buka pintu pesawat angin dingin mencuri masuk. Ketua Pramugari melompat keanakan melawan suhu -2C di Sweden ini. Petanda bahawa cuaca yang sama akan menyambut aku di NY nanti.

Sejam setengah waktu transit. Keluar pesawat untuk ke tempat transit ada pemeriksaan keselamatan. Memandangkan aku bawak komputer riba mereka minta diimbas. Nak masuk gate untuk ke pesawat kena lalu satu lagi pemeriksaan. Leceh sungguh nak masuk Amerika Syarikat ni.

Masa daftar masuk kat KLIA pun sama. Orang beratur punyalah ramai. Tapi satu baris sahaja dibuka untyk masuk ke Pintu C36. Di sebelah penumpang daftar masuk untuk ke HK. Seingat aku setahun yang lalu tak ketat sebegini. Mungkin pembongkaran cubaan plot serangan “terrorists” oleh Scotland Yard mengetatkan lagi sistem pemeriksaan. Kini sebarang cecair seperti air mineral tidak dibenar dibawa ke dalam pesawat oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS. Ubat gigi pun tak boleh!!

Di KLIA pun semua penumpang diimbas selepas pemeriksaan imigresen. Ada tiga mesin pengimbas kini berfungsi. Ubat gigi pun tak boleh bawak naik pesawat. Nasib baik aku naik kelas bisnes. Kalau kelas ekonomi mana cukup bekalan percuma tu untuk semua penumpang!

Apappun penerbangan selama 13 jam ke Arlanda lancar. Kali ini aku tak tidur. Cuma sekejap sahaja. Sempat juga tengok dua cerita termasuk “Guardian” mengenai US Coast Guard. Layanan krew pun bagus. Mereka akan transit di Sweden selama 7 hari!!! Wah ada can jalan-jalan ke negara berdekatan tu! Naik kapal ke Estonia ke apa ...

Masa transit aku cuba nak pakai internet tapi wifi kena bayar pulak! Leceh betul Negara kapitalis ni….. Nasib baik Maxis aku roaming. Bolehlah sms sikit. Syok guna teknologi ni. Yang kurang seronok masa dapat bil nantilah .... KLIA free ke?? Aku pun tak pernah cuba .. he he he ... kat Mas Lounge freelah!!

Tiba di NY aku orang pertama melangkah keluar pesawat. Pemeriksaan imigresen dengan kastam pun lancar. Malah pegawai imigresen bernama Veal sempat juga bergurau dengan aku. "Training programme yeah. Everybody wants to be trained by Columbia." katanya sambil tersenyum. Aku tak tahu apa motif dia cakap begitu. Aku fikir gurauan sahaja. Selang tiga orang sebelum aku dia tanya banyak soalan juga dekat mat saleh sorang tu ... tapi aku rasa mamat tu tak ada visa. Jadi dia pohon masa tiba. Aku sudah punya visa!! Aku diberi permit tinggal sampai April.

Sambil sibuk melihat papantanda dimana harus aku ambil teksi untuk ke Manhattan dengan menarik beg. Tiba-tiba ada mamat melayu menahan aku sambil tersenyum. "Hei, buat apa di sini?" tanya aku. Dia jawab tunggu aku. "Yeah right" jawab aku pantas. Rupanya dia sedang menunggu seorang pegawai yang datang untuk bermesyuarat di UN. Dia tarik beg aku ke van. Jadi aku tumpang mereka sahaja ke NY City. Selamat dalam 45 dolar.

Lepas hantar pegawai tadi. Kami bergerak ke Marmara Manhattan Hotel yang terletak di 301 East 96th Street. Bilik aku studio - satu katil, bilik air dan siap dengan kitchenette sekali. Internet percuma sebab masuk pakej 'training' aku. Best!!! Jam dah 930 malam.

Haris minta diri untuk pulang. Aku buka TV sambil mengosongkan beg aku.

Yang lecehnya aku kena beli extension sebab hotel ni tak punya extension untuk plug dari Malaysia. Aku beranikan diri turun dalam kedinginan pada tahap 40F (10C) dan berjalan sekitar 1 blok sekitar hotel aku. Tak berhasil nampaknya pencarian aku. Kena guna bateri je lah. Nampaknya esok sahaja pencarian diteruskan.

Aku bangkit awal sekitar 5 pagi. Tengok TV sajalah sambil menunggu pukul 10 untuk keluar. Maklumlah hari Ahad. Kedai bukak lambat. Selesai beli barangan dapur sikit aku beli lunch - nasi arab dengan ayam berdekatan Islamic Center. Lepas hantar barangan tu ke bilik aku turun mencari extension tu. Setelah berjalan dalam 10 blok aku nampak papantanda "Circuit City". Habis 25 dolar duit aku. Tak leh "claim" ni .... apa nak buat sudah perlu.

Yang syok kat NY ni banyak sikit boleh berjalan. Kat Malaysia .. berpeluh macam saunalah. Cuma tak syok dekat kawasan yang dikenali Cargnegie Hill ni tak seperti tempat aku tinggal dulu .... banyak kesan najis anjing atas tempat jalan kaki. Tak tahulah kenapa ... mungkin tuannya tak bertamadun sikit atau lupa bawak kertas/plastik untuk bersihkannya. Entahlah?
Jadi awas.

Apapun esok nak cari daging halal ... mana tahu kut-kut lapar tengah-tengah malam boleh masak sempoi-sempoi sikit ....

1 Comments:

Blogger Pearl said...

Selamat menikmati The Big Apple. Kenangan terindah...

7:53 PM  

Post a Comment

<< Home