Friday, January 05, 2007

Visa oh Visa II

530 pagi waktu tempatan. Singapura baru mula mahu bangkit dari lenanya. Kenderaan masih belum banyak kelihatan di atas jalanraya. Hanya beberapa teksi mundar mandir mencari rezeki. Tambang teksi dua kali ganda sebelum pukul 6 pagi dari jam 12 tengahmalam. Kedai-kedai pun masih tertutup rapat. Malah restoran dan kedai kopi pun masih belum mahu menerima tetamu seawal begini.

Mana aku nak pergi ni?? Tidak seperti sebelum ini, aku sudah tidak punya tempat tinggal di pulau ini. Semuanya tamat pada 15 Disember lalu. Nampak juga oleh mataku hotel-hotel bertaraf 3 bintang berdekatan dengan stesen bas jalan Lavender ni. Kalau dapat tidur atas tilam dalam 4 - 5 jam sebelum berjumpa kawan aku bagus juga ni. Tapi aku sangsi juga dengan status hotel tersebut ... Nanti ada pula yang ketuk pintu karang ....

Namun, kakiku seperti punya fikiran tersendiri menyusuri kaki lima menuju ke Masjid Sultan untuk solat Subuh dan sambil membersihkan diri. 500 meter dari Masjid hujan pula mula turun seperti mencabar iman ku sahaja. Nak redah hujan nanti basah pula. Dahlah baju ada dua helai sahaja. Seluar sehelai je la ... Lagipun, selsema aku baru nak baik. Jadi aku rehat sekejap di sebuah perhentian bas.

Penghuni rumah flat HDB sudah mula kelihatan menunggu bas untuk ke tempat kerja masing-masing. Ada seorang murid perempuan dihantar oleh ibunya untuk menaiki bas ke sekolah. Jam baru 6 pagi. Pukul berapa mereka ni bangun ya?? Sedang aku berjalan tadi pun ada ternampak gerak geri seorang budak lelaki beruniform sekolah menuju stesen MRT Lavender. Pernah aku lihat sekali seorang budak sekolah asyik tidur sambil mulut ternganga duduk bersandar ditepi kerusi atas MRT. Letih betul nampaknya beliau. Kesian juga aku melihatnya.

Selesai Subuh, aku jalan-jalan sekitar Arab Street sambil menunggu kedai kopi yang sudi menerima kunjungan aku. Aku beli suratkhabar Berita Harian (nipis sekali) dengan Straits Times buat teman untuk bersarapan nanti. Aku masuk satu restoran melayu dan duduk di sebuah meja yang pastinya ada tiupan kipas menghala ke arah aku.

Seorang lelaki berkemeja putih rapi senyum kepada ku sambil aku duduk. Aku senyum kembali tapi malas aku mahu bermesra. Jadi tiada suara yang keluar dari mulut ku. Dia terus menghirup tehnya.

Lama juga aku duduk tanpa dilayan. Ini mesti kedai layan diri ni. Boring betul aku konsep layan diri ni. Lelaki sebelah meja aku tadi bangun menuju kereta Mercedez E200 yang diletakkan depan restoran ini. Wah hebat juga melayu Singapura ni fikir ku ... tapi ada juga jahat otak aku terfikir mungkin juga pemandu. Namun, dengan cepat aku matikan imej jahat dalam kepala aku tadi.

Habis baca BH tadi dengan koolnya aku ke kaunter untuk pesan makan. Ingatkan nak makan nasi lemak je tapi tak ada pulak. Yang ada lontong, soto dengan mee rebus. Semua agak berat bagi aku ... "Satu mee rebus dan teh tarik" pesan aku.

"Abang melayu ya? Saya ingatkan Chinese tadi", kata agaknya tuanpunya kedai ni lembut. "Patutlah cakap melayu" sambungnya lagi setelah aku mengiyakan status bangsa aku sambil tersenyum. Ini bukan kali pertama aku disangka bangsa cina. Hari tu ada pemandu teksi tu ingat aku orang Filipina.

"Tak kerja hari ni?" tanya tuanpunya kedai tu lagi. "Tak saya dari Malaysia nak jumpa kawan" jawabku. Ini tanda agaknya untuk aku tak lama di kedai beliau. Nanti sibuk berborak dengan dia pulak ...

Selepas makan tengahari dengan kawan aku di Orchard Road aku ambil teksi menuju Kedutaan Amerika. Tak sampai 5 minit dah pun tiba. Pemandunya perempuan. Teksinya Mercedez E200 sama dengan kereta lelaki melayu tadi. Baru ada stail nak ambil visa. Biar mereka tahu bukannya aku tak berduit. Sebenarnya tambangnya sama sahaja jika limosin ini ditahan ditepi jalan. Sebelum tu aku tak berani tahan teksi Mercedez. Ini samalah seperti waktu teksi KL dulu baru tukar warna ke merah-putih dari hitam-kuning.

Akhirnya setelah menunggu selama 1 jam 30 minit dapat juga visa ke Amerika. Dah 6 bulan aku tunggu. Itupun kerani tu suruh aku datang balik pada 10 Januari untuk ambil paspot aku. Sebabnya mereka tak boleh cetak dan tampal hari ni kerana masalah internet dek gempabumi di Taiwan baru-baru ni. Aku jelaskan aku sudah tidak tinggal di sini lagi dan itu adalah satu-satunya paspot aku. Setelah berbincang dengan pegawainya, dia beritahu mereka akan cuba buat dalam masa satu jam.

Habis jugak dua majalah aku baca .... akhirnya tertampal juga visa yang paling amat susah untuk aku dapat ni. Dapat juga buat dalam masa 2 jam. Apalah nasib? Mungkin mulanya mereka nak balas dendam. Maklumlah aku tarik juga kabel kali ni. Mungkin mereka tak suka cara aku ... Tapi mungkin mereka sedar betapa "istimewanya" aku ini sebenarnya .... he he he he. Karang banyak pulak terima panggilan dan pertanyaan mereka semua ....

Apapun Alhamdulillah semuanya sudah beres. InsyaAllah 13 Januari nanti berangkatlah aku ke Newark ....

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

selamat jalan segala... hati-hati di negara orang!

10:18 PM  
Blogger skalo said...

Dah tiba kampung aku he he he ....Nanti aku sambung lain kali. Bateri laptop aku nak habis. Kena pi Duanne Reade cari extension!!

5:10 PM  
Blogger Ayah said...

mudah lagi nak dapat visa dari bini...

7:36 PM  

Post a Comment

<< Home