Thursday, February 22, 2007

Kangen

"Where are you from?", tanya teman sekelasku di SIPA. Bila dia tahu aku dari Malaysia terus dia cakap dalam Bahasa Indonesia dengan aku. Katanya sudah lama dia tak bertutur dalam Bahasa Indonesia. Habis tunggang terbalik bahasa aku campur Melayu dengan Indonesia.

Namanya Jenny dari Amerika. Dia lama di Indonesia. Bila dengar aku mencelah dalam kelas dia pasti bahawa aku melayu. Yang kelakarnya profesor aku ingatkan aku dari Singapura. Itu yang buat Jenny bertambah pelik tu. Nampaknya orang melayu ni pun ada slanga dia bila bertutur dalam Bahasa Inggeris. Aku memang selalu tertanya juga macam mana agaknya slanga kita. Maklumlah kalau kita bercakap dan dengar sendiri tak tertangkap sangat kemelayuan kita.

Ada setengah orang kita tu bila cakap dalam Bahasa Inggeris slanganya macam dibuat-buat. Ada yang buat macam Aussie, British dan Scottish. Macam tak asli sahaja bunyinya. Kalau betul bunyinya macam Queen's English oklah jugak kan.

Sebagai petutur Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa ketiga aku pening juga nak belajar. Mananya tak keliru maklumlah kat sekolah dahulu cikgu cakap macam Tony Blair tapi bila tengok TV Sesame Street bahasa dia macam GW Bush. Macam mana nak sebut "can't" dengan "dance"? Macam mana nak eja "tyre" ke "tire" atau "neighbour" ke "neighbor". Dahlah tu masuk U kat Amerika. Bila balik kerja bos kebanyakkannya diajar ikut stail British. Yang lagi haru tu program Word stailnya Amerika. Terus biru lagi mata hitam ku.

Apapun belasah ajalah janji orang faham apa yang kita cakap atau tulis...maksudnya sampai. Itu yang penting tu .... Yang lagi bangga tu ada juga minah salleh nak belajar bahasa kita walaupun Bahasa Indonesia. Tak ramai yang aku jumpa setakat ini yang belajar Bahasa Melayu kita ...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home