Sayap Terbang
Ni apa dok beribu batu nak cerita pasal negara sendiri pulak. Bukan apa boring hari Sabtu di NY ni terfikir untuk mengembara alam blog. Habis dah baca blog orang bacalah pulak blog sendiri. Kelakar jugak bila baca balik nukilan-nukilan lama sambil tengok komen-komennya. Sampai boleh buat tersengih sendiri. Nak dipendekkan cerita terbaca janji aku nak cerita pasal pengalaman naik kapalterbang buat pertama kali. Jadi inilah yang dok melalut ni.
Ceritanya dah lama masa aku tingkatan 3 lepas SRP. Kebetulan bapa saudara aku waktu tu bertugas di Lahad Datu di Felda Sahabat 3 (wah aku ingat lagi nama tempat tu). Bapa saudara aku ni kerja sebagai Pengurus Ladang. Kalau siapa yang pernah tengok filem Bilut tu fahamlah ya. Alah yang si Aman Ramli punya karaktor tu.
Ok balik kepada pengembaraan aku. Waktu tu cuti sekolah. Sepupu aku bersekolah di Johor tinggal di Asrama Semai Bakti (Ni asrama yang disediakan oleh Felda untuk anak-anak Felda yang agak cemerlang tapi tak dapat masuk asrama penuh supaya mereka berpeluang bersekolah di bandar-bandar utama). Dia akan pulang untuk bercuti bersama keluarga. Jadi aku diajak sekali ke sana oleh bapa saudara aku ni. Tiket freelah hadiah keputusan SRP. Tapi mungkin juga untuk temankan sepupu aku ni.
Pendekkan lagi cerita kami ni pun naiklah pesawat MAS sambil diiringi oleh kakitangan MAS. Masa ni kat Subang tahu. Layanan istimewa bukan sebab naik bisnes kelas tapi sebab terbang tanpa orang tua. Siap pakai tag lagi kat baju. Krew semua senyum aja lihat kami berdua. Sepanjang perjalanan mereka selalu bertanya khabar. Aku biasa aja buat macholah. Nak kata takut tak juga. Lebih seronok dari gementar. Untuk biasakan lagi diri aku, aku perhati orang keliling dan belajar dari apa yang mereka buat. Masa taklimat keselamatan tu aku beri tumpuan. Risau juga sebab akan seberang Laut China Selatan kan. Sekarang kalau naik kapalterbang tak beri tumpuan sangat maklumlah tengok skrin je ... tak ada daya tarikan lagi ahak.
Inilah pengalaman pertama makan atas pesawat. Belajarlah aku bagaimana nak pasang meja makan tu. Nak letak kain alas. Macam mat salleh lah. Nak turun naikkan kerusi dan pakai talipingang keledar. Tapi dah tak ingat pun dah apa yang aku makan. Yang aku ingat cantik bekas garam dan lada hitam tu!
Masa nak mendarat aku seronok tengok laut yang membiru sambil pesawat menghampiri landasan. Sungguh cantik permandangannya. Aku rasa airport KK ni paling cantiklah permandangannya masa pendaratan.
Kami dipesan supaya tunggu hingga semua penumpang yang lain turun. Seterusnya kami dibawa untuk menaiki pesawat seterusnya ke Lahad Datu. Lama juga tunggu. Kemudian kami diiring lagi ke pesawat kecil berkipas. Alamak!!! Kecilnya. Kalau tadi naik B737 kali ini naik Fokker 27 je. Bagasi disimpan ditengah antara kabin pilot dengan tempat duduk penumpang. Apapun buat kool aja. Kami duduk dekat kipas. Mak aiii bunyinya punyalah kuat dan tak seperti B737, pilot ni bawak pesawat ni turun naik dan tidak terbang lurus je. Kadang-kadang dia pusing ke kiri ke kanan.
Pening ke kapten ni. Nasib baik aku tak mabuk udara. Tiba-tiba terasa pesawat macam kena hentak je!! Ia turun ke bawah sedikit. Terfikir aku mungkin kerana masuk awan tebal kut(Macam MacGyver pulak). Patutlah dia bawak macam Kubica. Tengah aku asyik dok lihat hutan dan bukit aku perasan Fokker ni makin turun. Bukan apa rupanya dah nak sampai.
Airport Lahad Datu (masa tu lah) kecil dan sempoi je. Macam stesen keretapi kecil aja. Tak adalah conveyor belt segala. Turun aja aku dah nampak bapa dan mak saudara aku.
Maka bermulalah percutian aku di sebuah bandar kecil di Negeri Bawah Bayu. Kebetulan pula masa aku tiba tu, baru aja seminggu lanun dari Filipina menyerang Bank Standard Chartered di bandar ini ....
Itulah kelas MAS 101 aku yang mana banyak berjasa untuk aku tempuhi pengalaman terbang dengan segala syarikat penerbangan lain dan bermacam jenis pesawat lagi .... Mulai hari tu aku dikurniakan "sayap terbang" yang tiada nampak di dada ......!!! Gempur!!!!!!!!

3 Comments:
encik gempur wira... sayap terbang ni macam yang kat KFC tu ke?
Aku naik planr first time masa kena seberang lautan pasifik.... berapa ribu jam tu... takut aku, mak bapak aku bukan tau aku naik katebang berejam-rejam.... nak berak pon takut.. mula katebang beso, lepas tu katebang kecik cessna 20 penumpang kot... eee ngeri ngeri...
Hmmmm... Teringat jugak masa aku pertama kali naik kapalterbang. So nak sangat naik kapalterbang, nak terbang ke sana sini, aku memulakan career sebagai pramugari 'direct conversion'. Jadi first time aku naik kapalterbang sebagai cabin crew, bukan penumpang. Buat selamba je macam biasa naik. Dalam salah satu sektor terakhir, pulang sebagai penumpang tak de tempat duduk. Buat cool je... Literally mencangkung masa landing. Tapi sektor terakhir pulang ke tanah air landing di Penang dapat duduk jumpseat di cockpit. Beautiful...
En Ayah:
KFC wings tu makan sedap sampai jilat jari. Sayap ni aku je nampak orang lain tak nampak. Bila la nak merasa naik A380 ni ...
LGM:
Hmmmmmm...
Post a Comment
<< Home