Sunday, March 25, 2007

Lain Padang Lain Belalang

Aku dah balik ke tanahair seminggu yang lepas. Seperti yang dijangkakan Malaysia tetap lebih panas dari New York. Berasaplah jugak aku bila tiba di KLIA. Maklumlah aku masih pakai seluar "thermal" aku kat bawah jeans hitamku. Nak tukar atas kapalterbang leceh pulak sebab aku hanya bawa beg komputer riba aku sahaja. Jadi aku nekad apa nak jadi, jadilah. Biar berpeluh janji senang.

Yang leceh bawa komputer riba ni bila tiap kali nak lalu pemeriksaan keselamatan kena buka beg dan imbas komputer riba aku. Kat lapangan terbang Newark semua aku buka - kasut, talipingang, jaket, komputer riba dan poket dikosongkan. Nasib baik seluar tak suruh buka. Jadi kali ini bila aku lalu mesin tu tak berbunyi beep pun. Biasa mesti bunyinya. Jadi aku dah biasa dengan depaan tangan aku.

Masa singgah Stockholm. Dia bunyi sebab aku tak buka talipingang. Minah viking ni dengan biasanya melakukan pemeriksaan badan ke atas aku. Dia ni tak adalah besar orangnya. Malah lebih rendah dari aku. Tapi kuat juga makcik ni. Masa periksa talipinggang aku dia tarik sikit seluar aku kat pinggang. Kuatnya tarikan dia membuat aku tergerak ke depan menghalanya. Habis badan aku di"raba"nya. Ni dah kira pencabulan ni ... tapi dia muka "stone" saja. Mungkin dia tidak terasa kekok memeriksa penumpang yang berlainan jantina. Kalau kat Malaysia dah lain jadinya tu ... kenapa ya???

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

saya suka baca cerita awak...menariknya pengalaman kat negara orang ya....banyak2 sket tulis ya....selalu masuk sini tapi kecewa bila nampak blog jarang update..

11:39 AM  
Anonymous Anonymous said...

Maaf anonymous sudah lama tak keluar negeri ... kalau nak flashback tu bolehlah. Tapi terima kasih sudi mengunjungi blog ini.

2:53 PM  
Blogger Ayah said...

Kadang kalau kat luar negeri pon takda benda nak update sebab tak pi memana, kerja kerja kerja...

7:33 PM  

Post a Comment

<< Home