Moskva
Ketika aku kecil masih aku ingat cerita "Peter the Great" di mana beliau telah berjaya memodenkan negaranya, Rusia dan menjadi antara sebuah empayar besar di dunia. Usahanya dikembangkan lagi oleh Stalin dan Lenin. Akan tetapi Rusia waktu itu sudah bertukar menjadi negara komunis dan lebih dikenali sebagai CCCP. Mungkin generasi kini kurang akrab dengan singkatan ini.
Bila sebut Rusia ni, imej yang sering bermain di minda ku ialah "Red Square". Tapi sayang sekali masa aku berangkat ke sana pada tahun 2005 tiada pula berkesempatan mengunjunginya. Namun, aku gembira kerana sampai juga ke negara Peter yang gagah ini. Tapi pemimpinya kini adalah Putin bukan Rasputin macam dalam lagu Boney M tu!!
Lapangan terbangnya aku sudah lupa namanya tapi masih baru lagi. Tapi jauh gayanya kalau nak dibandingkan dengan KLIA. Keluar aja sudah kelihatan kereta seperti Fiat yang 4 segi tu. Banyak sungguh kat sini. Polis dia pun ada pakai kereta ni. Di sini ianya dikenali sebagai Lada bukan cili atau LADA kat Langkawi tu. Kalau yang baru sikit bentuknya bulat sikit tapi kat Malaysia tak ada model yang ini. Tak konfiden aku melihat kereta peronda ni nak kejar penjenayah. Tapi kalau tengok cerita "Bourne Supremacy", boleh tahan juga lajunya.
Sepanjang jalan ke Moscow kelihatan pokok pine di kiri kanan jalan. Sekali-sekala nampaklah rumah-rumah batu yang baru. Agaknya ekonomi Rusia sudah semakin kukuh sekarang.
Tiba aja di Moscow bertambahlah banyak lagi kereta Lada ni. Cuaca ketika itu aku ingat tidaklah sedingin mana yang memerlukan aku memakai jaket tebal melainkan berkot penuh sahaja. Ikut cerita kawan aku bangunan di sini tingkapnya ada tiga lapisan kaca untuk mengurangkan kedinginannya. Kota Moscow ini seperti dibahagi dua oleh sungai Moskva. Itu yang namanya jadi Moscow tu.
Di sekitar kota Moscow ini masih banyak bangunan lama yang dikekalkan dan masih diguna pakai. Jadi terasalah juga kegemilangan lampau bangsa Slav ini. Keretanya banyak bersimpang-siur sesuai dengan tarafnya sebagai kota metropolitan. Sekali dilihat kota ini tiada bezanya dengan kota-kota besar lain di Eropah. Cumanya apa yang aku lihat tidak banyak bangunan tinggi pencakar langit seperti di NY. Tapi topografinya berbeza. Bandar NY sungguh padat berbeza dengan Moscow yang luas.
Sayangnya tidak lama aku berada di sini untuk melihat dengan lebih mendalam lagi rentak tari dan rona-rona kehidupan di sini.
Peter yang gagah tu agaknya bangga ke lihat negaranya atau sedih kerana keturunannya tidak lagi memerintah.....

3 Comments:
nko ke tu?
kau pernah ke Moscow??
aku tak pernah ke moscow.. aku lebih suka kerajaan rusia masa dia soviet dulu...
Post a Comment
<< Home