Semangat Padi
Setelah setahun tinggalkan kerja aku dan kembali menyahut panggilan ilmu (sebenarya???), aku sekarang duduk dibelakang meja ditempat kerja aku. Inilah satu-satunya tempat kerjaku sejak aku mula makan gaji kira-kira 13 tahun dulu. Tak pernah berpindah organisasi. Yang ini sajalah yang aku kenali ... macam cinta sejati pulak. Macam lagu Ungu jugak "Kau Tercipta Untukku"!!
Namun demikian, tanggungjawab aku sekarang ni berlainan dari yang dulu-dulu. Tapi biasalah, mula-mula tak tahu sangat. Lama-lama InsyaAllah tahu lah sedikit sebanyak ... ahak! Yang pasti kerja aku kali ni bermakna aku tak banyaklah berjalan makan angin ke luar negara. Hanya sekitar Asia Tenggara dan dalam negeri sahaja. Macam mana pun, aku pasti ianya satu pengalaman yang bagus untuk melengkapkan diri aku selama berkhidmat di organisasi ini.
Masa kat NY dulupun setiap tahun bos aku suruh tukar portfolio. Dia nak penaya aku gamaknya tapi diakhir penugasan aku di sana, aku tahu lebih banyak benda dari kebiasaan pegawai lain. Kawan-kawan aku mungkin lebih pakar dalam satu bidang macam seorang major - "majoring in apa-apa ntah". Manakala aku adalah seorang "general", hampir semua benda aku tahu tapi tak secara mendalam. Selingan sikit, Napoleon pernah berkata "I don't need good generals, I need them alive" -- lebih kurang macam tu lah. Orang Indonesia bilang kurang lebih!! Tak faham tak apa lah.
Berbalik kepada mengajar dan belajar, setengah orang cara dia tu macam nak membuli bila mengajar sampai maki hamun dan baling fail semua. Dari segi pengurusan dan pimpinan, ini dipanggil "Management by Fear". Tapi lama-lama makin tebal imuniti anak buah sebab asyik kena marah je sampai dah tak takut pulak. Ada yang suka dengan cara brutal tu tapi lebih ramai yang tak setuju. Ada yang kata yang tua jangan sombong dengan ilmu yang ada malah harus memperturunkannya tapi tidak dengan rasa tinggi diri. Ada juga kata kalau lembut sangat nanti yang muda-muda ni jadi besar kepala pulak. Jadi yang mana satu yang harus diikut ni.
Bagi aku harus ada sifat rendah diri dan manusiawi. Bagi yang muda kenalah tahu hormat yang lebih berumur tu. Kalau dua-dua tahu tahap keselesaan masing-masing InsyaAllah selamat. Tak percaya tanya tuanpunya atau penumpang bas eskpres Mutiara - tertulis di dahi semua bas perkataan "InsyaAllah selamat"!! Lagipun, ilmu yang turun ni tak putus berkatnya ..... Lebih berilmu lebih tunduk macam padi ....

0 Comments:
Post a Comment
<< Home