Sunday, April 22, 2007

Tabal lawanya Batal

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-XIII telah ditabalkan secara rasminya pada 26 April 2007. Sistem Raja Berpelembagaan ini yang kita ambil adalah dari bumi Britain. Yang kira uniknya sistem kita ini ialah Raja-raja kita ni akan mengundi untuk memilih di kalangan mereka untuk menjadi Agong selama 5 tahun. Kini gilirannya ialah buat al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin ibni al-marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah, Sultan and Yang Di-Pertuan Terengganu.

Setakat ini, dua Agong telah mangkat semasa bersemayam di Istana Negara iaitu al-marhum Sultan Salahuddin dari Selangor dan Sultan Ismail Petra dari Kelantan.

Kalau dilihat dari segi sejarah sungguhpun pemilihan Agong adalah dengan pengundian namun ianya juga adalah mengikut susunan pemerintahan Agong yang lampau, iaitu lengkap satu pusingan. Pusingan yang kedua dimulai kembali dari Negeri Sembilan, Perlis dan sekarang Terengganu. Adakah ini akan menjadi tradisi dan ikutan di masa hadapan? Atau amalan ini hanya dituruti tetapi bukan bermakna wajib diikuti selama-lamanya ....

Kawan aku ada cakap sistem beraja patut dihapuskan sahaja. Apa kebesaran mereka yang hanya dengan lahir dalam keluarga tersebut dan diberi penghormatan sebegitu rupa, tambah beliau lagi.

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

jangan dihapus segala... kang tuah muncul kembali... cumanya perlu lebih diperkukuh.... jangan terlalu feudal....

7:54 AM  
Anonymous Anonymous said...

Kalau manik tu walau digosok sehaus mana tetap manik jua .....

5:51 AM  
Anonymous Anonymous said...

Kalau manik tu walau digosok sehaus mana tetap manik jua .....

5:51 AM  
Blogger Ayah said...

manik bukan sebarang manik, manik dari sungai manik... ok le hamba nak ke sungai.....

6:24 AM  
Anonymous Anonymous said...

Sampai 2 komen aku hantar. Kau tahu tak Sg Manik ni dulu ada syarikat bas yang dinamakan Kenderaan Sungai Manik.

Kat mana Sungai Manik ni?

4:15 PM  

Post a Comment

<< Home