Tuesday, July 03, 2007

Sure Buaya

Kota Surabaya dari tingkap kapalterbang saat aku berlepas pulang ke KL tampak seperti New York sahaja. Tiada bezanya. Lampu neon memperlihatkan deretan rumah dan jalanraya yang bersimpang siur seperti dalam foto yang diambil oleh oleh jurugambar profesional.

Kota kedua terbesar Indonesia ini menepati ramalanku. Kepadatan penduduknya sekitar 8 juta. Itu angka yang diberitahu kepadaku. Kalau tengok manusia yang mundar-mandir tak salah rasanya. Tapi jalannya hanya dua lorong sahaja dan tak mampu menampung kenderaan bermotor yang penuh menjalar setiap urat-saraf kota ini.


Dalam perjalanan ke hotel dari Bandara Juanda sahaja 4 - 5 pusat membeli belah ditangkap oleh mataku. Giants pun ada kat sini. Hypermart baru nak dibuka. Di sebelah hotel aku ada 3 plaza membeli-belah yang mana satunya dipanggil Plaza Tunjungan bersempena dengan nama jalannya barangkali. Sesat juga aku dalam ni nak cari jalan keluar. Tapi semuanya ada seperti Dome, Starbuck, KFC ....

Bangunan pencakar langit tidak banyak di sini. Kota Surabaya juga dikenali sebagai kota pahlawan. Terdapat beberapa kem tentera di sini termasuk tentera darat, laut, marin dan udara. Terdapat kereta kebal dan pesawat tempur lama megah menyambut tetamu yang datang ke kem-kem tersebut.

Presiden Indonesia sekarang juga dari Jawa Timur. Kebetulan masa aku di Surabaya beliau juga turut ada di sana melawat orang kampung di Lapindo di mana sekitar 14,000 rumah ditengelami lumpur. Katanya lumpur yang keluar dari perut bumi desa Lapindo akan membuak keluar selama 30 tahun. Mungkin dalam masa 30 tahun itu ianya akan sampai ke Surabaya. Penduduk kampung katanya saban hari berdemonstrasi kerana merasakan nasib mereka tidak terbela sejak setahun yang lalu. Hilang rumah, kawasan tanaman dan sebagainya tapi tiada pampasan oleh Pemerintah mahupun syarikat yang terlibat menggali telaga mencari minyak yang mana akhirnya yang keluar hanya lumpur. Oleh itu pasukan polis mobil atau Brimob (Briged Mobil) dikerahkan berkampung di situ. Katanya menangis Presiden melihat nasib rakyatnya tapi tak dapat beliau berbuat apa-apa memandangkan bajet kecemasan/malapetaka sudah lama habis dek Tsunami, gempa bumi di Jogjakarta dan macam-macam lagi.
Namun dari tingkap kapalterbang aku tak dapat pastikan di mana Lapindo sebenarnya. Mungkin pesawat tersebut tidak terbang di atas Lapindo. Kalau ia pun mungkin tak cukup terang lampu lilin atau lampu gasolin di sekitar kawasan lumpur tersebut .....

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Mungkin Tuhan mulai bosan Melihat tingkah kita

Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa

Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita

Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

1:21 PM  
Anonymous Anonymous said...

Cik An,

Memang ada juga komen yang mengatakan bala diturunkan kerana kesalahan rakyat Indonesia sendiri. Tapi aku tengok mcm manapun org Indonesia ni kuat semangatnya ... Kita pun kena buat iktibar jugak tu. Sekarang pun gegaran kalau ada gempa bumi makin kuat terasa. Siapa tahu di masa depan gegarannya bertambah kuat. Aku ingat JKR semua kena dah lihat benda ni bila nak buat struktur bangunan dsbnya.

7:17 AM  

Post a Comment

<< Home