Arema Malang
Malang terletak 2 - 3 jam perjalanan dari kota Surabaya adalah ibukota lama Belanda Hindia Timur. Masih banyak terdapat bangunan-bangunan lama kekal berdiri di sekitar bandar Malang ini. Sebuah gereja besar juga terdapat di sini tidak jauh dari pejabat Walikota. Malang ni agak dingin suhunya kerana terletak di kawasan yang agak tinggi. Jadi tidak pelik kalau orang putih penjajah dahulu memilih Malang sebagai pusat pemerintahannya.
Pokok-pokok jati lama masih juga berdiri menghiasi kiri-kanan jalan ....
Pengunjung pasti terkejut dengan kewujudan epal Malang. Berwarna hijau ianya tidaklah sebesar epal Washington atau yang pernah ku petik di New York. Nun kelihatan sebuah gunung tersergam dari taman agrikultur yang aku singgahi di pekan Batu. Cantik permandangannya dengan deretan rumah menghiasi kaki gunung tersebut. Kalau ada tasik besar ianya saling tidak beza dengan Geneva. Staf taman agrikultur tersebut tidak banyak membantu menjawab pelbagai soalan ku ... katanya beliau bukan asal dari Batu, baru bekerja di situ dan masih menuntut di Universitas Brahwijaya yang terkenal di Indonesia.
Melewati bandar Malang dengan Innova Kijang aku lihat banyak sekali universiti di Malang ini. Yang masih segar dalam ingatan ialah Universiti Islam, Uinversiti Muhamadiyah dan beberapa Politeknik yang sudah lupa namanya. Menurut teman aku ada sekitar 50 pusat pengajian di sini. Sempat juga aku solat jamak kat masjid di Universitas Muhammadiyah ini.
Aku juga berkesempatan berkunjung di rumah di mana Allahyarham Azahari terkorban. Kawasan perumahan di situ agak sepi dengan rumah batu atau villa disusun rapat antara satu sama lain. Memang susah untuk penghuni melarikan diri jika terkepung. Kesan tembakan masih jelas nampak pada dinding rumah tersebut yang kini sudah tidak didiami dan terjaga lagi. Siapa sangka kawasan perumahan sebegini menjadi tempat persembunyian orang buruan besar polis Indonesia ...
Yang pasti Malang bagiku punyai keunikannya tersendiri yang boleh membuat pengunjungnya mahu kembali ke bandar yang memiliki Arema Malang ini .....

4 Comments:
indah sekali penerangan tuan tentang pekan Malang itu. Malang sekali nasib Azahari ya? Menerima Malang di Pekan Malang.
Tuan hamba An,
Nampaknya begitulah sungguh malang nasib Azahari yang menerima malang di Pekan Malang pada hari yang malang tersebut ....
lepas ni citer kampung air ke?
Mak Lijah,
Tak pulak terpegi ke Kampung Air. Kita hanya merancang orang lain yang pergi ha ha ha ... takpala rezeki masing-masing
Post a Comment
<< Home