Mind Your Language
"Kita mahu bincang dalam English atau Bahasa Malaysia?" tanya pengerusi kepada dua teman dari seberang.
"Kita guna Bahasa saja bu, lebih mesra" jawab ketua delegasi dari seberang sambil melirik rakannya yang kebetulan pertama kali menjejak kaki ke Malaysia.
Aku ketika itu masih melanggut memikirkan apa lagi kerja yang dalam hitlist aku!!
Kawan aku berbangsa Cina sebelah tersenyum sambil memandang ke arah pengerusi dan pelawat dari seberang itu.
Di pertengahan mesyuarat tu, kawan aku yang sebelah ni bertutur dalam Bahasa Malaysia yang penuh dengan tertib baik dari segi kesopanan, nada suara dan juga nahunya. Di sebelah sana pula bertutur dengan lemah lembut dalam Bahasa Indonesia.
Tersenyum sendirian aku bila kawan aku ni cakap "Harap ibu dapat mempertimbangkannya (cadangan pembetulan pada kertas yang kami nak tandatangani nanti)". Sungguh enak juga didengar Bahasa kita ni.
Sedang asyik aku melihat teks kertas yang dibincangkan kawan kita yang ala-ala Mr. Brown tu sebut "Mungkin kawan saya ni boleh mengesahkan apa yang saya katakan tadi". Semua mata dalam bilik perbincangan tu terasa seperti memandang aku mahukan kepastian.
Tanpa menekan mikrofon aku jawab pendek saja "Memang saya boleh sahkan perlu suratkuasa dari bos" -ni untuk tandatangan benda tu nanti. Stail aku memang macam tu tak suka pusing-pusing. Terus je gaya "Ihdinasira Tol Mustaqim". Cepat dan tepat!!
Pengerusi terus bilang "Boleh kita teruskan perbincangan kita ....".
Sebenarnya dah lama aku tak negotiate .... gian juga. Nasib baik juga kawan aku suruh aku datang mesyuarat ni padahal isunya bukan isu aku. Cuma negaranya sahaja yang aku fasih sikit. Padahal sebelum ni terasa jugak tertipu dia suruh aku gantikan dia ....
Ngomong apa sih!!!

4 Comments:
tak paham la cerita ni, pasal apa ni? kejadian di Blok M ka?
Ayah oi,
Ni tak leh cerita lebih, bahaya! Tapi yang aku rasa seronok bila dengar member kita cakap Bahasa Malaysia yang lengkap dan berunding dengan orang Indonesia tu. Waaa ... agaknya begini kut zaman Melaka dulu kut??
Dulu masa aku pegawai khas Hang Tuah pi berunding dengan Majapahit, sebenornya aku la yang lawan dengan Taming Sari tu bukan si Tuah... dia tu eksyen je.. aku guna tiga hujung, hujung lidah dan hujung keris...
Kira kau ni dah tua gila lah ya sebab kau yang lawan Taming Sari tu. Oh ya apa yang hujung no 3 tu ... ???
Post a Comment
<< Home