To Buy
MH 156 yang membawa aku ke bandaraya yang pesat membangun ini. Dengan kedatangan aku juga hujan turut membasahi bumi UAE ini untuk beberapa minggu sampai banjir di sini. Ini bukanlah kali pertama aku ke sini jadi ianya tidaklah mengejutkan aku sangat. Tapi bagi sesiapa yang belum pernah sampai ke sini pasti akan terpukau.
Bangunan dan infrastruktur baru memang banyak kelihatan di mana-mana di sini. Ada orang kata 25% "crane" bangunan ada di sini. Macam-macam jenis manusia ada di sini setaraf dengan bandaraya NY. Kira-kira 190 warga negara tinggal di sini. 75% penduduk di sini adalah ekspatriat yang majoritinya dari India, Pakistan, Filipina dan Bangladesh.
Pembangunan prasaran di sini memang hebat. Bangunan tertinggi ada di sini sudah hampir siap. Mall terbesar akan dibina. Lapangan Terbang terbesar pun sedang dibina. Hotel dalam air pun ada. Pulau tamar buatan manusia juga satunya sudah siap dan mula diduduki. Macam-macam keajaiban baru akan menjadi mercu tanda "To-Buy" ni. Komen yang aku dengar ialah pembangunannya amat dahsyat sampai ada yang merasa takut.
Apa yang aku lihat setakat ini pembangunan yang dilakukan lebih menjurus kepada golongan kaya manakala tumpuan untuk penduduk bergaji rendah kurang mendapat tumpuan. Harga barang, sewa rumah dan sebagainya meningkat dengan cepat sehingga kadar inflasi dikatakan 12% sungguhpun kadar rasmi mengatakan hanya 8%.
Bagaimanapun, rata-rata imej Dubai di mata dunia dengan keajaiban-keajaiban baru telah dan akan terus menarik penggunjung untuk terus melangkah kaki ke sini. Malah tidak kurang 5000 rakyat Malaysia turut sama dengan rakyat negara lain untuk mencari rezeki di sini. Apa yang aku tahu pengalaman tinggal di Dubai ini pasti akan meluaskan pemandangan aku .....

3 Comments:
Dubai? Indahnya...
Cantik sungguh penerangan tentang Dubai(To Buy). Sekarang otak saya berpikir lak, mana agaknya Bandar "To Sell"?
To Sell kat Dubai pun ada ,,, macam macam ada. Macam Astro gak!
Post a Comment
<< Home