RAK
Kalau orang Malaya tengok singkatan RAK ni pasti ingat rak buku ke apa. Tapi sebenarnya RAK ni singkatan kepada Emiriah Ras Al-Khaimah. Salah satu dari tujuh Emiriah yang membentuk negara UAE ini.
Mungkin nak tulis Ras Al-Khaimah tu panjang sangat jadi dipakailah singkatan RAK tadi. Kalau tengok plet kereta yang ada RAK tu maknanya keretanya dari RAK lah. Malah bank Ras Al-Khaimah pun dipanggil RAK Bank. Yang kelakar sikit simbol dia unta macam Arab Malaysian Bank. Bezanya karikatur unta RAK Bank ni nampak komedi sikit.
Kereta polis pun dia tulis RAK Police. Yang beza dengan Dubai ialah kereta polis RAK warna merah putih. Kat Dubai warnanya hijau putih.
RAK ni kira Emiriah yang kurang berada jika dibanding dengan Abu Dhabi, Dubai dan Sharjah. Dalam perjalanan dari Dubai ke RAK kira dah nampak perbezaan dari segi ekonominya. Perjalanan ambil masa 1 jam lebih juga. Dubai penuh dengan pembangunan dan pembinaan. Masuk Sharjah masih ada pembinaan tapi tak serancak dan semaju Dubai. Masuk RAK je lebih nampak coklat je dan lebih kelihatan kegurunannya.
Tapi tidak kalah ialah istana untuk Sheikhnya. Besarnya bukan main. Memandangkan rumah yang lain tu tak nampak segah mana berbeza dengan Dubai yang banyak juga villa-villanya, jadi perbezaannya jelas kelihatan.
Bagaimanapun, perjalanan aku kali ini tidak lama di RAK ini jadi tak seluas mana permandangan aku. Buat masa ni, betul tekaan aku bahawa RAK nampak masih ketinggalan dalam kerancakan Abu Dhabi dan Dubai memacu ke depan.
Namun, RAK Bank di Dubai setidaknya pegawai yang aku jumpa sungguh aggresif mencari pelanggannya. Apa aku pun sudah menjadi mangsa ....?

3 Comments:
oooo Kalau Bank of Economy Ras Al-Khaimah : shortform dia apa ye?
Agus Salim, awak ni cendiakawan dari indonesia tu ke? Rupanya kat UAE ni banyak daerah-daerah dia... selalunya kita cuma tau dia UAE, ada Dubai dan Abu Dhabi...
Ayah:
Aku rasa Pak Agus ni memang cendekiawan agung Indonesia. Soalannya pun penuh dengan muslihat dan tujuan yang tidak dapat dibaca oleh golongan marhain. Aku rasa jawapan dia ialah Bank of Economy RAK la.
Post a Comment
<< Home