Dua kali di Indonesia
Datang Indonesia mesti kena makan nasi padang. Minggu sebelumnya di Jakarta pun sempat menjamu selera di Restoran Natrabu di Sabang.
Di Surabaya kali ini, Ratna penyambut tetamu di Hotel Marriot memberi 3 alamat restoran nasi padang yang berdekatan. Restoran yang kami pilih ialah Restoran Sari Nusantara yang rupanya hanya 10 minit jaraknya dari hotel. Kami naik teksi ke sana dengan upahnya Cuma 10,000 Rupiah (sekitar RM4 sahaja).
Puas kami menjamu selera di situ, kami berjalan menuju ke Plaza Tunjungan (sebuah gedung membeli belah bersebelahan Hotel Sheraton). Rakan aku mahu mencari kain telekung. Beliau sebenarnya terlepas ikut rombongan ke Kabupaten Sidaorjo. Di situ khabarnya terkenal dengan barangan kulit. Aku dah rakan sorang lagi pekena ice mocha di Starbuck.
"Orang Malaysia ya?", tanya pembuat ice mocha kami. "Bukan saya orang sini" gurau aku. "Oh bahasanya seperti orang Malaysia" katanya lagi. Aku senyum dan berlalu ke meja.
Minggu sebelumnya di Jakarta pun aku mengaku orang Medan. Tekebil dan termanggu gadis manis penyambut tetamu yang bertugas mengambil kedatangan tetamu. Sambil berlalu ke ruang makan aku beritahu "Saya dari Malaysia!".

4 Comments:
Ibu saya bilang, kalo tuan majistret lagi ngunjungi Jakarta silakan deh main ke rumah kami ... bisa mijar/ngerok segala... enak deh.. gratis! Ikhlas Pak!
Jeruk ngak ada?
Naughty...naughty... ;)
Kaki unta ni terseliuh kot.....
Post a Comment
<< Home