Salam Sejahtera
Lama dah tak berblog. Bukan sibuk berkempen untuk pilihanraya tapi sebenarnya aku kena "transfer". Jadi dalam masa perpindahan tu banyaklah benda yang kena buat jadi tidaklah berkesempatan nak menulis. Dan yang pasti bukan kerena kaki unta terseliuh.
Alhamdulillah hari ni berkesempatan mengarut sikit sambil mendengar lagu-lagu rock kapak melayu klasik yang sering berkumandang di siaran radio SINAR yang sering aku dengar semasa bekerja. Nasib baik juga dah ada internet. Walau pun berjauhan dari tanahair masih lagi dapat dengar lagu-lagu melayu.
Kalau dulu nak dengar lagu melayu kena tunggu member hantar kaset ke luar negeri. CD masa tu RM50 sekeping. Mahal untuk budak kolej! Jadi baik cari kedai apek kat Kompleks Pertama ciplak lagu-lagu buat koleksi. Siapa kata cetak rompak tu lanun?? Nasib baik ada depa baru mampu dengar lagu. Kalau turunkan harga yang ori tu musti orang beli punya. Macam kat tempat aku duduk sekarang ni CD lagu-lagu dia murah je dalam RM15 pun boleh dapat.
Dulu masa kat Tucson lagu melayu yang hot ialah dari Kumpulan Belantara yang mana sekarang ni anggota dia semua dah masuk belantara kut. Tak silap aku depa ni buat 2 atau 3 album je. Yang bestnya mereka ni punya lagu dok cerita pasal pengalaman mereka yang berjauhan dari Malaya. Tangkap oi dengar ...!
Dah banyak benda dan peristiwa yang berlaku dalam negara sepanjang 3 bulan aku tinggalkan kampung halaman. Tapi takpa yang tu tak payah cerita kat sinilah. Kita cerita pengalaman berjalan-jalan naik unta!

4 Comments:
laa lama tak nampak, pi mana? Indonesia lagi ka?
Bukan Indonesia ... nun jauh lagi.
maklijah sakit pinggang lepas tunggang unta keliling piramid...
unta tu tak busuk ke mak lijah?
Post a Comment
<< Home