Kaherah
Kaherah yang aku lawati kali kedua ini masih tidak banyak berubah. Kereta-kereta lama seperti Fiat Mira Fiori dan Peugeot 305 dan 405 lama masih banyak menyusuri jalanraya. Limo yang membawa aku ke hotel Conrad mencelah di kiri kanan kereta lain di antara lorong kiri dan kanan jalan. Sistem jalanraya di Kaherah ini agak unik kerana kereta di pandu ditengah cat pembahagi jalan. Jalan yang dua lorong menjadi tiga lorong. Malah di malam hari kelihatan kereta dan motorsikal dipandu tanpa lampu.
Orang kata apa yang penting di Kaherah ini kereta mesti mempunyai hon yang berfungsi. Yang menakjubkan ialah sepanjang empat hari di sini aku tidak melihat sebarang insiden kereta berlanggar! Kalau di Dubai atau KL dengan cara memandu begini sudah pasti banyak kemalangan jalanraya berlaku.
Kaherah mempunyai 20 juta penduduk pada siang hari dan 18 juta pada malam hari! Patutlah ramai manusia di sini. Bangunannya kelihatan lama dan seperti terjerat dalam tahun 70-80an. Sepertinya tiada bangunan baru yang dibina. Mungkin kerana ekonominya kurang baik. Keduanya, bangunan baru yang dibina juga masih menggunakan senibina lama. Seperti kotak-kotak sahaja.
Kaherah juga agak kotor dengan sampah-sarap seperti dibuang sewenang-wenangnya. Dibumbung apartment atau flat penuh dengan pasir dan batu-bata serta bahan buangan. Agak sayang kerana pada fikiran aku Kaherah boleh menjadi satu bandaraya yang indah. Dengan Al-Azharnya, piramidnya dan sungai Nil yang tidak penat mengalir menyuburi bumi Mesia, ia mempunyai cukup kekuatan. Malah di malam hari Kaherah kelihatan seperti Paris dengan sinaran lampu neon yang menarik dan kapal-kapal dan bot-bot menyusuri Sungai Nil.
Tapi apakan daya Mesir masih begantung kepada rantai bantuan sumbangan Amerika Syarikat sebanyak 2-3 billion saban tahun. Sudah pasti Jamal Naseer mahukan Mesirnya lebih bersinar dari sekarang.
Tapi apakan daya Mesir masih begantung kepada rantai bantuan sumbangan Amerika Syarikat sebanyak 2-3 billion saban tahun. Sudah pasti Jamal Naseer mahukan Mesirnya lebih bersinar dari sekarang.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home