Wednesday, April 09, 2008

Al-Ain


Al-Ain terletak 2 jam dari Dubai. Sebuah bandar kecil di sebuah oasis dalam Emiriah Abu Dhabi. Pada hari minggu ramai penduduk Dubai dan Abu Dhabi akan berkunjung kerana kehijauannya dan bukit-bukitnya. Terdapat juga tempat untuk mandi-manda yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan. Berlainan dengan Malaysia di mana kita semua boleh mandi di sungai dan air terjun di tempat yang terbuka. Di sini, tempat mandi adalah dalam bangunan. Satu bangunan untuk orang perempuan dan satu bangunan untuk kaum lelaki. Sungai kecil mengalir di bawah bangunan berkenaan.

Ladang tamar juga kelihatan di kiri-kanan jalan utama menuju ke bandar Al-Ain. Kawan aku cerita tamar ni tak boleh banyak air nanti tak menjadi. Fikir aku agaknya pokok kelapa sawit pun boleh tanam di sini. Nanti bukan Malaysia atau Indonesia yang mempunyai ladang terbesar kelapa sawit di dunia! Maklumlah, UAE ni banyak duit.

Al-Ain juga menjadi bandar persinggahan Presiden UAE yang mempunyai istana musim panas di sini. Bandarnya tidak sesibuk Dubai yang sentiasa penuh dengan kenderaan dan manusia. Di sini penduduk tempatan lebih ramai kelihatan jika dibanding dengan Dubai yang mana 85% penduduknya adalah rakyat asing.

Kalau di Dubai banyak kereta mewah kelihatan. Di sini, banyak kereta-kereta lama menyusuri jalanraya. Rumah-rumahnya juga tidak segah villa-villa di Dubai mahu pun Abu Dhabi. Masa yang bergerak juga terasa lebih perlahan. Lebih tenang rasanya di Al-Ain ini.

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

tempat tu ada banyak mata-mata ke?

4:05 AM  
Anonymous Anonymous said...

Akak Sakdi:
Mata-mata tu apa?

10:48 PM  
Anonymous Anonymous said...

Akak Sakdi:
Mata-mata tu apa?

10:48 PM  
Anonymous Anonymous said...

ain bukan mata ke?

3:37 AM  
Blogger skalo said...

YR:
Betullah ain tu mata dalam Bahasa Arab. Jadi mata-mata tu bukan SB le? Kat Al-Ain tu memang kawasan oasis.

11:13 PM  

Post a Comment

<< Home