Wednesday, December 31, 2008

Flash!!!

Dah hujan ada hujan batu. Sekarang kabus tebal pula. Sebenarnya Dubai atau UAE secara amnya bila kena musimnya sering diselaputi kabus tebal. Kekadang hanya 100 meter "visibilty"nya. Memang bahaya di jalanraya tetapi orang di sini memandu kereta mereka macam biasa sahaja. Kadangnya tak buka lampu pun memandu dalam kabus.


Agaknya mereka ni amat percaya kepada bertawakal kepada Allah. Lain sungguh konsepnya dengan masyarakat kita di mana tawakal dan usaha harus datang bersama. Mungkin kerana itu bila hujan, pemanduan kita lebih perlahan dan berhati-hati.


RTA (Road Transport Atuthority) pada tahun 2009 bercadang untuk meningkatkan kempen keselamatan jalanraya. Malah, ia akan menambah lebih 2000 kamera/radar di sepanjang jalan di sekitar Dubai. 15 daripadanya akan dipasang di kawasan Barsha di Jalan Sheikh Zayed.


Jika lajunya lebih 120km maka akan kelihatan "cahaya lampu" menangkap kita. Itu kamera atau radar lama. Kala yang baru tiada cahaya lampu yang menyaksikan kelajuan yang melebihi hadlaju. Lain pula di Malaysia, radar/kamera kita digunakan secara manual.

Mungkin kita boleh belajar dari Dubai ... atau konsep tawakal kita boleh diterima di Dubai?

20 Comments:

Blogger Semut Api said...

Saya tak suka memandu laju..

keinderaan ini sebenarnya kurniaan tuhan yang satu kepada kita untuk mempermudah kehidupan kita supaya lebih kita mengingati dan mengagungkan Dia Sang Pencipta. Dari hewan kepada alat mekanikal, keinderaan ni sepatutnya mendekatkan kita kepada Nya.. melalui ibadah bukan pula melalui tarikan Izrael...

12:03 AM  
Anonymous Anonymous said...

Did you know that Nostradamus pernah meramalkan sejenis alat ciptaan manusia yang membawa manusia dari setempat ke setempat dengan sekelip mata yang juga menyebab kematian dan kesengsaraan ramai manusia. Dari deskripsi ia adalah kereta dan sejenis dengannya.

9:06 AM  
Anonymous Anonymous said...

memang nostradamus ni pandai.. dia pon dulu meramal bahawa pada tahun 2009, pak uda aku akan kawin lagi sekali...

12:19 AM  
Blogger Ayah said...

Asalamualaikum,

Bak kata Amy Search, 'tiada lagi yang ku harapkan, tiada lagi yang ku impikan, biarkan aku sendiri tanpa dirimu...

6:12 PM  
Anonymous Anonymous said...

Di Malaysia kita pelbagai langkah dah dicuba dan gagal.. yang mustahaknya attitude pemandu dan pengguna jalan raya... kempen penerangan keselamatan lalulintas seperti dahulu perlu diperjuangkan kembali...

2:23 AM  
Anonymous Anonymous said...

setuju dengan azmil... yang penting adalah mengubah sikap pemandu dan pengguna lalulintas yang lain... kena didik tentang kesopanan menggunakan jalan raya yang merupakan milik awam..

mungkin kebanyakan menggangap jalan raya seperti hak sendiri kerana mereka membayar tol...

8:11 AM  
Anonymous Anonymous said...

the most blatant traffic offendrs are those comng from the south.. th do anything and escape scot-free.. and what do we do? TAK APA LA...

8:12 PM  
Anonymous Anonymous said...

seap1.. that's just a small portion. Almost all traffic offeders are Malaysians. SO, we must educate these 99 percent offenders first...

11:17 PM  
Anonymous Anonymous said...

ala kadang kadang bukan itu sahaja.. sikap polis yang suka minta rasuah tu juga menymbang kepada banyak kemalangan... orang bua salah, minta duit, salah ini minta duit.. bukan nak betulkan kesalahan tapi nak minta duit.. habistu macam mana nak perbaiki?

6:03 AM  
Anonymous Anonymous said...

sikap rasuah tu bukan sahaja dalam urusan lalulintas, ada juga tempat tempat lain tetapi tak pulak menyebabkan kematian bnyak macam isu lalu lintas.. jadi tak terlalu kukuh la hujah di atas.

11:28 AM  
Anonymous Anonymous said...

saya tetap dengan pendapat supaya kita tumpukan kepada mendidik pemandu-pemandu dan pengguna lalu lintas yang lain... maksud saya pejalan kaki pon kena di ajar juga iaitu mengguna zebra crossing, guna jejantas, lampu isyarat etc..

11:14 PM  
Blogger Ayah said...

Andainya aku kan kehilanganmu, berikan daku bayang sepi mu...

6:10 AM  
Anonymous Anonymous said...

apa la Ayah ni. Go and update your blog

7:37 PM  
Anonymous Anonymous said...

Nita pernah ke Dubai baru-baru ni

2:06 AM  
Anonymous Anonymous said...

Dubai lebih modern dari beberapa daerah di Malaysia... lebih maju dalam penampilan

7:01 PM  
Anonymous Anonymous said...

tuan rumah ni dah abandon tempat ni kot!

8:09 PM  
Anonymous Anonymous said...

dubai is to busy i think. Too many foreigners around

9:35 AM  
Anonymous Anonymous said...

Nostradamus must have said somewhere about the rise of Dubaithrough foreigners toils and boils...

11:11 AM  
Anonymous Anonymous said...

Malaysia is actually a product of foreigners effort, historically. The Chinese and Indians through British tutelage, and the Indonesians and others in the current time.

seap1

10:04 PM  
Anonymous Anonymous said...

So do you mean that we must all give our country to the foreigners? Pendatang or penghisap darah?

11:40 PM  

Post a Comment

<< Home