Tuesday, March 03, 2009

Patriot Dunia

Beberapa malam yang lalu aku berkesempatan menemui sekumpulan angkasawan dari Rusia di sebuah restoran negara Peter yang gagah. Apabila ditanya mengenai pengalaman mereka, berebut-rebut nampaknya mereka mahu menjawab.


Namun hanya seorang sahaja yang mampu berbahasa Inggeris. Tapi apabila ditanya mengenai perasaannya apabila melihat bumi kita dari atas sana, dia jawab "Now, I have to speak in Russian. But, no worry I have my friend here who can translate to English".


"Cosmonaut" itu yang pernah menjadi kapten kapal angkasa ke Stesen Angkasa Antarabangsa memberitahu ianya sangat cantik. Kita semua adalah angkasawan kerana bumi adalah sebuah kapal angkasa sebenarnya.


Bumi sangat cantik dengan warna biru dan hijaunya, sambungnya lagi dengan bersungguh.

Aku yang mendengar pun kagum mendengar pengalaman patriot-patriot dunia ini. Sheikh Muzaffar rasanya bagaimana pulak penerangan beliau ....

2 Comments:

Blogger Ayah said...

bila sesuatu bangsa mencapai angkasa itu adalah sesuatu yang dibanggakan. malangnya ada pihak yang tidak mahu sesuatu bangsa berbangga...

2:13 PM  
Blogger skalo said...

Memang malang kalau dah begitu. Tetapi bukan kota Malang di Indonesia.

11:26 AM  

Post a Comment

<< Home