Siapa Masuk Syurga Dahulu
Pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai aku singgah ke restoran Mamak di Oud Metha. Memang aku suka ke restoran ini kerana berianinya sedap. Malah, ianya memang diminati ramai orang Malaysia di sini.
Banyak meja dipenuhi orang. Ada satu meja punyai kerusi yang masih kosong tapi di situ duduk seorang pelanggan. Aku rasa dia ni bangsanya Arab. Rasanya orang tempatan cuma beliau tidak memakai jubah tradisional mereka. Lalu aku duduk di depan sebelah kanannya dan menganggukkan kepala kepada beliau. Dia angguk kembali.
Datang staf aku lalu duduk disebelahnya. Pelanggan tadi terus bangkit dan mencari pengurus restoran berkenaan. Beliau seakan bertutur sesuatu dan pengurus itu menoleh ke arah aku. Kelihatan belaiu tidak berpuashati dan meninggalkan restoran tersebut.
Geram juga melihat gelagat beliau. Staf aku sampai tidak lalu makan dibuatnya. Kalau restoran ni eksklusif aku faham lah juga. Tapi ianya macam "food court" sahaja. Jadi sesiapa boleh duduk makan bersama. Aku pernah makan dengan orang India yang aku tak kenali pun dan kami makan semeja.
Aku cakap kepada staf aku jangan pedulikan dia. Kita makan apa yang kita mahu. Beliau yang akan lapar melayan nafsu amarahnya. Agaknya dia fikir hanya beliau yang termulia di dunia ini.

5 Comments:
adakah di dunia Arab yang sangat dimulaikan itu ada sikap 'derajat lebih mulia' ?
anih sungguh pengamatan ini.
begitulah dunia... manusia dilahirkan sama saja, namun ada pelbagai 'kasta', yang direka sendiri.. untuk kepentingan dan kemegahan sendiri...
bermegah dan mendahulukan diri sendiri ini tak baik... marilah kita sesama berbincang dimeja bulat...
Dear Sir,
kawe gi tengok bola semifinal lwn NS semlm lepaS ALMOST 20 TH TAK GI WEI.. menarik weibila mu nak kelik T.Melayu... last 2 nite atu jjale demo rumah mu di WCY teringat aku ko mung..
SK
Ayah/Farid/Anonymous: Khutbah di NY kat UN pernah sebut pasal org Arab ni rasa dia lebih alim dari bangsa lain. Tapi di Malaysia pun ada jugak yg rasa pergi masjid je dia dah alim lebih drp orang.
SK:
SK ni gapo pulok?
Post a Comment
<< Home