Masuk Angin
Awal bulan ini, kami sekeluarga telah melawat pekan Dibba di Oman. Awalnya aku ingat kami akan tinggal di Dibba, Fujairah iaitu salah satu negeri di UAE. Waktu ejen pelancongan aku sebut dulu, aku tak ambil kisah sangat kerana aku pernah membawa ibu aku berjalan ke Dibba, Fujairah.
Setelah berlaku sedikit perbincangan di pintu keluar ke Dibba, Oman akhirnya kami dibenarkan bergerak ke destinasi kami iaitu Hotel Golden Tulip. Rupanya, Dibba ni ada tiga iaitu satu di Fujairah, satu di Oman dan satu di Sharjah!! Sharjah ialah antara tujuh negeri di UAE selain Fujairah dan Dubai. Pening juga ya ...
Dibba, Oman ni terletak di Semenanjung Musandam yang mana dikongsi bersama antara UAE dan Oman. Musandam Oman ini terpisah dari kawasan lain di Oman oleh UAE dan Lautan Hindi. Nak masuk ke Dibba, Oman kena lalu Dibba al Hisn di Sharjah.
Kami tinggal 2 malam di Dibba, Oman. Hari pertama dihabiskan hampir separuh hari di atas bot atau di kawasan negara teluk ini dipanggil sebagai Dhow. Hari seterusnya kami hanya tinggal di hotel. Beri peluang anak-anak main pantai dan kolam renang.
Kesian jugak kat anak-anak ni. Kawan-kawan dia yang lain kalau cuti panjang sikit siap dibawa ke UK, Iran, Thailand, Malaysia dan mana-mana lagi. Nanti bila sekolah buka kembali, anak aku akan cerita kisah pelancongan kawan-kawan dia.
Jadi aku putuskan untuk bawa mereka makan angin sekitar UAE ni. Jalan darat sebab murah sikit. Kalau naik kapalterbang ke negara sekitar dah main 2 - tiga ribu .... Baik balik Malaya.
Apapun, nampaknya anak-anak aku seronok dan puashati. Paling tidak adalah nak cerita kat kawan-kawan mereka.
Alhamdulillah, aku senang walaupun poket masuk angin he he he.
Tapi bagai Mastercard cakap "seeing the smiles on your loved ones.....priceless. For everything else there is Mastercard!".

0 Comments:
Post a Comment
<< Home