For God, King and Country
Kekadang bila teringat aku akan mesej bos lama. Sekadar bertanya khabar dan merapatkan silaraturahim.
Bekas bos aku ni orangnya keras kalau dilihat secara luarannya. Cerewet dan "bossy". Tapi mempunyai daya ingatan yang kuat dan bijaksana. Sangat dekat dengan budaya kita orang melayu. Kalau tak bersalam dengan dia memang pantang.
Maklum sahaja aku rasa dia lihat dirinya sebagai seorang yang tua. Harus dihormati dan dijaga hatinya, air mukanya dan segala.
Tapi tak bermakna dia tidak mahu mendengar pandangan dan nasihat. Cuma harus diberikan dengan berhemah, bijaksana dan penuh fakta.
Tapi sepanjang kerja dengannya tak pernah dia menuturkan rasa maaf sekiranya kasar bahasa atau tingkah laku. Jarang juga mengucapkan terima kasih atau mungkin aku yang tak ingat.
Bagaimanapun, sebelum aku pindah ke sini aku diraikan oleh beliau dan isteri di rumahnya.
Mungkin cara orang lama ni memang begitu. Kita yang harus terjermahkan tindak-tanduk beliau. Samada dia menghargai, memujuk atau meminta maaf. Macam arwah bapa aku juga. Kalau lepas dia marah tu, bila malam dia akan masuk bilik aku dan menyelimuti aku. Tapi nak dengar kata maaf .....mungkin tidak!!!
Bagaimanapun, di akhir sms baru-baru ini tertulis "You have served me well".
Gembira? Tidak juga. Bermakna? Tidak juga.
Mungkin lebih kepada kepuasan. Kepuasan bahawa aku telah melakukan yang sebaiknya.
Sms itu masih dalam "inbox" telefon bimbit aku.

2 Comments:
amboi terkenang bagai....
Precious he he he
Post a Comment
<< Home