Monday, May 04, 2009

Jari hantu

Seorang warga Australia telah dijatuhkan hukuman penjara selama beberapa hari dan dihantar pulang setelah didapati bersalah kerana menunjukkan jari hantunya kepada seorang pengguna jalanraya di Sheik Zayed Road.

Beliau dikatakan telah mengangkat lampu tinggi kepada pemandu di depannya yang merupakan seorang rakyat tempatan. Tetapi mamat tu kata dia tak dapat nak ke kiri sebab ada kereta (Ini pun susah jugak nak percaya ni).

Jadi kawan dari negara "down under" telah memotong ke kiri dan memberi isyarat jari hantu.
Akibat jari hantu tersebut dan bahasa lucah yang dilemparkan, beliau telah dijatuhkan hukuman berkenaan.

Sebenarnya memandu di Dubai ni memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Macam-macam jenis pemandu ada. Ada yang rasa beliaulah Lewis Hamilton atau M. Schumacher. Ada yang rasa memandu 120km di lorong kiri adalah mengikut undang-undang di sini tanpa mengira ada orang bawak kereta lagi laju di belakang. Lamborghini dan Porshe bersepah di sini. Nyawa tak ingat kut ...

Ada yang rasa memandu 120km sejam tidak bermakna perlu berada di lorong paling kiri. Ada yang rasa masuk sahaja kereta kena bawak laju. Maklum sahaja Jalan Sheikh Zayed tu ada 4 lorong.

Rumusan aku, orang di sini sebenarnya masih belum biasa dengan kesesakan lalulintas. Jadi semua nak cepat. Kalau lambat bergerak sikit sahaja dah kena hon! Hon memang dicipta untuk pemandu di Dubai!!

Lagi satu ciptaan manusia untuk orang di Dubai ialah handphone. Ia harus digunakan semasa memandu. Sebelah tangan pegang stering sebalah pegang phone tak kiralah Nokia E71 ke atau Iphone atau Nokia model lama tu. Macam GPS pulak.

Tapi jari hantu memang berhantu!!

2 Comments:

Blogger Ayah said...

Ada tak yang memandu sambil letak tangan dia keluar tingkap?

2:53 AM  
Anonymous Skalo said...

Tu kat Kanada ke??

Sini kalau kuat pasang lagu tu biasanya Pak Arab. Kalau pakai jubah org sini. Kalau tak selalunya dari Lebanon.

Kalau India/Pakistan, kejap kejap hon.

Kalau Malaysia, sabar-sabar lesen tak dapat lagi he he he

1:30 PM  

Post a Comment

<< Home