Friday, May 15, 2009

Sketsa Sebuah Cinta

Kebelakangan ini aku teringat kepada mp3 Sony bean aku. Biasanya aku dengar radio Hot Malaysia di PC sahaja. Sememangnya aku lebih produktif kalau bekerja dengan muzik yang berkumandang.

Tapi Sony bean aku ada aku muatkan lagu-lag rock melayu lama di samping Peterpan, Alphaville dan Halim Yazid (anok tupa)!

Tabiat ni terbit sejak kecil semasa di bangku sekolah. Aku dinaikkan taraf untuk duduk bilik sendiri bila menjangkau umur 8 tahun. Bilik tersebut adalah bilik arwah Abe Di. Dia pindah ke bilik Abe Mie (yg sulung) yang melanjutkan pelajaran ke ITM Shah Alam.

Bilik aku ni tak besar cukup untuk memuatkan satu katil besi yg memang kukuh (sekarang masih ada), meja belajar dan almari. Tapi bilik ni aku guna untuk tidur saja sebab tak ada radio. Kerja sekolah selalunya aku buat di meja makan di ruang tamu.

Setelah Abe Die masuk ITM Arau, aku pindah ke bilik beliau yang bertentangan dengan bilik lama aku. Bilik arwah Abe Die ada radio hitam jenama aku sudah lupa tapi juga boleh dimainkan kaset. Waktu itu umur aku baru 11 tahun. Tahun yang agak kritikal waktu itu. Darjah lima makna ada Penilaian Darjah 5 yang kini ditukar ke UPSR.

Ketika itu aku sering melakukan kerja sekolah sambil mendengar lagu atau radio. Sekitar 80an, radio negeri di seluruh Malaysia sudah punya saluran mereka sendiri. Di KB, RMKB menguasai gelombang radio. Lagu yang sering dimainkan waktu tu ialah Quinary M, Headwind, Search, Lefthanded, BPR, MAY, Belantara dan yang seangkatan dengannya.

Balik ke masa hadapan he he he macam "Back to the Future", aku rindu lagu - lagu lama ini. Kalau dulu kena beli kaset kemudian CD. Sekarang dah ada internet. Capai sahaja melalui google dan InsyaAllah lagaknya macam Indiana Jones yang akhirnya ketemui apa yang dicarinya.

Selalunya aku dengar melalui Imeem yang mana akan memainkan lagu-lagu rock melayu lama yang telah diisi oleh sesiapa sahaja. Sekarang ni waktu menulis aku sedang mendengar lagu "Salam Sejahtera" dari kumplan Samudera. Kumpulan rock yang agak baru dari Wings, Search dan segala.

Tapi puncanya ialah dari pencarian lagu Sketsa Sebuah Cinta! Klasik!!!

5 Comments:

Blogger Ayah said...

aku pon suka dengar lagu lama... tapi lebih lama dari itu.. lagu momo latif, nona asiah, a halim, j sham dll.

pi la google for hassny..

7:18 AM  
Anonymous skalo said...

pakai baju kancing lah suasa he he he

11:02 AM  
Anonymous seap1 said...

tumpang tanya, mengapa sering nostalgia ni?

10:42 PM  
Anonymous Skalo said...

SEAP1: Dah tua ni begitulah gamaknya

10:27 AM  
Anonymous Pearl said...

Pakai baju kancing suasa ye?

2:19 AM  

Post a Comment

<< Home