Friday, August 26, 2005

RM 10 ke RM 50 ke ... RM juga

"Syukran" jawabku sambil menghulur 20 Saudi Riyal sebagai tipping untuk "pressing" 2 helai baju kemeja. "Thank you sir but I cannot accept this." jawab pekerja hotel yang padaku mungkin orang Arab dari Mesir. "oh, ok" jawab ku.

Bagus juga mamat ni kataku tak nak tip. Mungkin peraturan hotel ini tidak menggalakkan tipping seperti di Malaysia. Tapi fikir ku lagi mungkin 20 Riyal tadi tidak cukup bagi beliau. Orang Arab ni ego jugak kawan ku cakap. Betul jugak tekaan beliau gamaknya. Tapi kenapa pulak dia tak cakap tak cukup ke apa ...

Tak mahu sudahlah aku cuba tenangkan hatiku. Tak habis duit aku.

Baru-baru ni ada pulak aku terdengar di radio perbicaraan mengenai tipping di Malaysia. Adalah pekerja syarikat penerbangan negara kita membandingkan betapa orang asing menghulurkan tipping yang besar dari orang Malaysia. Si gadis ini tanpa segan silu memberitahu dikalangan rakan sekerja mereka macam gembira bila diarah melayan penumpang warga asing. Kalau orang Malaysia berat aja kata dia.

Marah jugak aku mendengarnya. Apa dia ni kerja nak tipping ke apa? Kat Malaysia ni kan tak ada tipping. Lagipun kalau ikut amalan pun tipping ni diberi secara ikhlas oleh pelanggan yang berpuashati dengan layanan yang diberikan. Tak ikhlas pulak kerja macam tu. Kalau ikut Islam dah sia-sia pahala.

Tapi aku setuju jugak dengan kekecewaan dia terhadap orang Malaysia yang jarang mahu mengucapkan terima kasih pun! Tak patut betul!

Apapun dia patut berterima kasihlah walau ada tipping atau tidak dan tiada mengira jumlah tip yang diberikan! Pokoknya kena ikhlas. Kalau dapat berterima kasih dengan rezeki yang tambahan tu. Tapi kerja kualiti dan perkhidmatannya kena sama.

Jangan pulak jadi dengan pekerja restoran di Amerika. Dahlah kerja tak seberapa kita bagi tip sikit dia siap marah kita pulak. Ini dah tak kena dan tak ikut sifir!!

Harapnya Malaysia tidak akan menerima budaya sebegini.

1 Comments:

Blogger Ayah said...

Aku pula memang tak suka memberi tip... pada aku macam tak ikhlas pulak... pada aku sendiri aku lebih suka org kata tima kasih drpd memberi aku anything dalam bentuk uang...

4:20 AM  

Post a Comment

<< Home