Wednesday, August 31, 2005

Sama tapi lain

"Selamat datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi", ucap ketua pramugari penerbangan Malaysia. Akupun sudah lupa berapa kali aku melawat Singapura dua tahun kebelakangan ini. Kerap juga rasanya.

Semasa lawatan aku sebelum ini sempat aku menjamu selera di bufet halal di Hotel Hilton Orchard Road. Pelbagai jenis juadah disediakan dan semuanya nampak sedap belaka. Sampai tak tahu nak pilih apa. Si Chef yang ada di situ membantu dengan menerangkan dapur yang tersedia di restoran ini. Ada masakan melayu, Jepun, Cina dan mamak. Dia meyakinkan aku semua makanan di sini halal termasuk dapurnya hanya restoran je tak halal sepenuhnya sebab minuman beralkohol ada disediakan. Sungguh telus Chef ni.

Aku pilih untuk makan mee mamak dengan tiga empat cucuk sate. Memang enak masakannya. Walaubagaimanapun, aku sengaja mendisiplinkan diriku agar tidak makan berlebihan. Nanti makannya sedap tapi badan pulak tidak selesa.

Tapi di kesempatan ini aku cuma makan di sebuah gerai Melayu di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Tuanpunya gerai melayan kami dengan berbahasa Inggeris. Masakannya agak kurang enak dari di hotel tadi malah jika dibandingkan dengan gerai-gerai di Malaysia. Rasanya berbeza dengan masakan melayu kita. Tapi harganya agak murah dalam 2.30 Dolar Singapura sahaja iaitu kurang lebih RM4.60. Sama je dengan harga aku biasa makan di UNITEN.

Tapi aku perhatikan yang bagusnya pinggan, mangkuk dan sudu garpu kegunaan orang Islam diasingkan dari mereka yang bukan beragama Islam. Caranya agak mudah dengan menggunakan warna yang berbeza.

Uniknya juga NUS sedang menyambut ulangtahunnya yang ke 100 sama saja dengan Universiti Malaya kita. Dulunya UM memang bermula di kampus ini. Ramai orang kenamaan dan tokoh korporat kita adalah graduan UM di Singapura termasuk bekas PM kita Tun Mahathir.

Sememangnya kita banyak persamaan dengan Singapura terutamanya tinggalan dari zaman lampau. MAS juga bermula di Singapura dengan nama Malayan Airways.

Yang uniknya juga pada bulan Ogos sebanyak 3 negara ASEAN menyambut kemerdekaannya. Singapura pada 9 Ogos, Indonesia pada 17 Ogos dan Malaysia 31 Ogos. Malah ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos.

3 Comments:

Blogger Ayah said...

Memang kita banyak persamaan, kerana bermula dari sejarah yang hampir serupa. Namun demikian, sehingga kini kita berbeda hasil dari sejarah baru yang kita tempa sendiri setelah hidup berasingan.

Kemerdekaan semuanya itu sebab rasanya bulan Ogos ni memang 'august'... agreat month. Mungkin satu hari nanti semua negara-negara tu sambut Hari kemerdekaan pada 31 Ogos. Insyallah!

ps Selalu ke pergi UNITEN tu?

3:31 AM  
Blogger skalo said...

Sebenarnya ada jugak negara yang menyambut Hari Kebangsaanya pada 31 Ogos seperti kita. Tapi aku sudah lupa negara mana!

Mungkin juga ada negara ASEAN yang akan sambut sama dengan kita nanti, siapa tahu. Tapi pada masa itu masih merdekakah kita...

7:04 PM  
Blogger maklijah said...

Saya selalu berpendapat bahawa makanan di Singapura tidak seenak di Malaysia.
Malaysia..Oh tanahairku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat ku cinta

4:53 AM  

Post a Comment

<< Home