Saturday, September 24, 2005

Singgah di bumi Volvo

Dalam perjalanan ke NY aku menaiki penerbangan MH90 melalui Stockholm. Penerbangan ini tak silap aku baru sahaja diperkenalkan awal tahun ini. Sebelum ini MH90 ke Newark singgah sebentar di Dubai. Yang bezanya kalau dahulu diguna pesawat Boeing 777 sekarang MAS menggunakan B747. Secara kasar nampaknya sambutan agak baik kerana MH90 yang aku naiki agak penuh.

Aku bernasib baik kerana dinaiktaraf ke kelas Pertama sebab kelas Perniagaan penuh. Sedikit kecewa ialah B747 ni belum diubahsuai tempat duduknya dengan sleeper. Nak jugak merasa ... nampaknya peluang keemasan tidak menjadi emas. Tapi aku bersyukur juga. Layanan macam biasa tip-top penuh dengan senyuman dan ramah mesra. Cumanya tak larat nak menjamah semua hidangan yang disediakan.

Aku kurang tidur kali ini kerana berkesempatan untuk berehat selama dua hari di Stockholm sebelum meneruskan perjalanan ke NY. Jadi aku tengok seberapa banyak wayang boleh. Penerbangan 12 jam rasanya sekejap pulak.

Semasa hendak mendarat ku lihat permandangan yang cantik di bawah sana dengan lautan kebiruan menyambut pendaratan turun kami. Stockholm satu kota yang lama usianya dan mempunyai banyak sejarah tersendiri. Di sebuah bangunan lama yang aku kira pelabuhan lama mereka masih ada sebiji peluru meriam mendiami tepian bangunan tersebut hasil dari bedilan dari kapal perang tentera Norway di awal abad ke 17 dahulu.

Sweden dahulunya kuasa besar di kawasan Scandinavia ini. Malah dari perbualan dengan rakan-rakan ku dari Norway dan Finland terasa masih ada perasaan amarah terhadap kekuasaan diRaja Sweden. Aku masih ingat bila menonton siri "Peter the Great", bahawa Rusia perlu menewaskan armada Sweden sekiranya ingin maju kerana Laut Baltik ketika itu dikuasai mereka.

Stockholm bukanlah sebuah kotaraya yang besar dan metropolitan seperti NY tapi sistem pengangkutan awamnya nampak baik dan sistematik. Sistem keretapinya nampak sibuk. Dari bilik hotel ku boleh nampak berulang-alik keretapi keluar masuk ke stesen Sentral. Yang menariknya bilik hotel Sheraton ku terasa macam berada di IKEA sahaja.

Ada satu kawasan untuk penjalan kaki dekat hotel ku di mana di kiri kanan penuh kedai-kedai dan restoran serta kafe. Menarik juga tempat ni tapi aku tak sanggup menyusurinya sampai ke hujung kerana pada pagi tu anginnya agak dingin dan masih banyak kedai masih tutup. Lagipun, aku tak sempat tukar duit ke Swedish Kroner. Sangkaku Sweden pakai Euro!

Kelihatannya agak selamat malah sepanjang aku di sana tidak kelihatan kelibat polis pun. Tapi ada nota khas dari Polis Stockholm di bilik hotel menasihati untuk berhati-hati dengan penyeluk saku. Taburan penduduknya agak pelbagai juga ada orang asia, afrika dan tentunya kulit putih berambut perang. Tapi tidak sepelbagai di NY di mana aku fikir semua manusai dari pelusuk dunia ada. Yang aku tahu Sweden suka ambik orang pelarian samada politik atau ekonomi. Orang GAM ramai di sini mungkin PULO juga.

Lagi satu sangkaan meleset ku ialah persepsi bahawa perempuan Sweden ni saiznya besar-besar belaka. Rupa-rupanya rata-rata yang aku jumpa nampaknya slim sahaja. Ni salah TV la ni!! Sebab tulah pentingnya mengembara ... Luas Permandangan dan Pengalaman!

3 Comments:

Blogger Ayah said...

Maaf aku hanya mengenali negara tersebut sebagai Tanah Saab - Saab Viggen dan Saab Grippen.
Volvo tu aper?

3:23 AM  
Blogger maklijah said...

Greece pun tak der Euro lagi. Lain kali, ingat. Jangan lupa jua 10 ahli baru EU yang masih belum mampu meEurokan currency mereka...
Maths tak ajar Volvo, patut pun...

4:49 AM  
Blogger skalo said...

Ayah: Saab ada kereta dan ada jet fighter. Viggen dgn Grippen tu pesawat tempur dalam kad mainan tu ker???

Ria: Oh Greecepun belum lagi ya. UK pun belum ... Nanti ASEAN pun ada matawang sendiri ke ???

9:47 PM  

Post a Comment

<< Home