Tiga Minggu
Sudah hampir 3 minggu aku berada di Kota New York. Ini adalah lawatan kali ketiga aku ke kotaraya ini setelah meninggalkanya hampir dua tahun yang lalu. Memang terasa masa berlalu tidak sepantas yang aku mahu. Terasa seperti mahu kembali ke tanahair secepat mungkin sahaja tapi apakan daya dek tugas terpaksa juga ku harungi. Inilah yang dikatakan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri tapi tak pernah ku tinggalkan tanahair bumi bertuah.
NY masih seperti ku tinggalkan dahulu. Jalanraya sentiasa sesak dengan kenderaan bersimpang-siur. Jalannya masih macam dulu lubang sana sini. Yang paling teruk aku kira Madison street terasa macam pengembaraan Trofi Camel pulak. Cumanya kenderaan yang dinaiki ialah Lincoln Towncar atau Mercedez S430. Kalau Waja atau Kancil rasanya dah kemek rim sport.
Sungguhpun terasa kelainan kedatangan aku ke NY pada kali ini masih ada perasaan nostalgianya. Kawan-kawan ku masih ada dan gembira menerima kedatangan ku. Aku rasa kesian pula kerana tak dapat memenuhi permintaan mereka untuk keluar makan atau minum. Terharu juga dengan sambutan mereka.
Banyak coretan yang aku harus tulis selama berada di sini tapi mungkin di lain kesempatan.
Tak sabar rasanya mahu menaiki MH91 ke KLIA 26 September nanti...

2 Comments:
seperti yang aku pernah cerita, aku penah dok New York jap... kira sebulan dua... masa tu aku kena kerja padam api kat situ sebab yang patut pi padam, tak dapat pi...
new york seronok duduk tapi semua barang mahal ... orang dia macam tak berapa friendly... tapi aku suka sebab banyak kedai buku besar-besar... la ni aku tak heran sebab kat KL pon banyak kedai buku besar-besaran...
TOY R US dia pon besor... apa lagi yang BESOR ye?
Ayah: Kau kerja Ladder berapa nak padam api tu??
Kat sana semua besor-besor! Hidangan diapun besar.
Post a Comment
<< Home