Ada makna tu ...
Ramadhan tahun ni aku rasa tak seperti selalu. Biasanya aku seperti menunggu kedatangan bulan yang penuh berkat ini. Tapi tahun ni dah akhir Rejab pun aku masih tak terasa semangatnya. Mungkin sebab sibuk dengan kerja harian ataupun rohani ku kekurangan sekarang!! Ini kira tahap bahaya ni ...
Tahun depan mungkin aku akan berpuasa kembali di New York dan juga beraya di sana. Entahlah apa suasana di sana nanti. Sebelum aku kembali ke tanahair 2 tahun lalu, aku menyambut Ramadhan di New York selama 3 tahun. Seronok juga kerana banyak diisi dengan program rohani di sana. Di samping itu, rakan-rakan ditempat kerja juga bergilir menyediakan juadah berbuka dan seterusnya kita berbuka bersama-sama dari staf bawahan hinggalah kepada bosnya. Terasa mesra betul.
Kecik-kecik dulu berat jugak nak terawih tapi aku pergi juga. Maklumlah, bos dah jeling!! Terawih kat kampung aku 21 rakaat. Itu yang tambah berat tu. Mengiralah bila nak witir ni.
Habis moreh aku tolong angkat pinggan dan gelas untuk dibasuh. Lepas tu kena tunggu mak aku dan kawan-kawan dia habis membasuh baru berjalan kaki balik rumah. Arwah ayah aku pulak akan borak-borak dengan kawan-kawan dia.
Kenang balik best jugak suasana begitu .. tentu mak aku rindukan kembali suasana dahulu. Tahun ni terawih pun banyak aku buat sendiri sahaja. Harapnya puasa tahun ni bermakna di sisi Allah.

2 Comments:
Sekurang-kurangnya kau berterawikh juga... saidina umar suka dengan kau....
Bila nak pi NY?
Bila plak aku nak pi NY?
Hmm... In my dreams...
Post a Comment
<< Home