Burma ke Myanmar
"Mana ada negara Burma lagi, sekarang Myanmar. Malah PBB pun panggil Myanmar", kata ku kepada rakan dari Kanada. Beliau jawab "Takpalah bila dah kembali ke demokrasi, kami tak payah tukar nak panggil Burma balik!!", jawab beliau dengan selamba.
Itulah padaku perbezaan ketara di antara negara ASEAN atau negara rantau ini dengan negara-negara Barat. Mereka masih degil dengan panggilan lama mereka kerana tidak mahu mengiktiraf junta tentera yang memerintah Myanmar. Pendekatan mereka lebih konfrontasi dengan negara-negara ASEAN. Walaubagaimanapun, aku perhatikan dalam negara ASEAN pun ada perbezaan dalam pendekatan masing-masing dengan Myanmar.
Malah aku sentiasa dipersenda oleh kawan Thailand aku yang menyalahkan Malaysia kerana membawa masuk Myanmar ke dalam ASEAN. Pandangan beliau ku kira Myanmar ni duri dalam daging kepada ASEAN. Jadi Malaysia perlu bekerja lebih keras untuk berdialog dengan Myanmar!!
Tapi nampaknya kerajaan Myanmar akan mengambil masanya sendiri untuk bergerak ke arah demokrasi. Mungkin, mereka tidak mahu melakukan kesalahan untuk kedua kalinya bila mereka tewas kepada parti Aung San Suu Kyi pada tahun 1982 dulu.
Orang Myanmar rata-rata masih tebal dengan tradisi mereka. Kaum lelaki masih berkain pelikat dan wanita mereka masih mengenakan rata-rata busana nenek moyang mereka. Tidak ramai yang mengenakan pakaian moden seperti di Malaysia terutamnya kaum lelaki kita yang berkemeja dan berseluar panjang dan bertali leher. Yang nampak berpakaian sedemikian adalah pihak polis dan tentera dengan seragam mereka. Sungguhpun, begitu pakain kebangsaan mereka juga cantik dan kemas.
Ini pandangan orang luar bukan memandang rendah. Mungkin persepsi yang serupa bermain di kepala pelancong asing apabila melihat lelaki melayu berbaju melayu atau perempuan melayu berbaju kurung.
Di Yangon juga banyak terdapat pagoda. Malah selang beberapa meter sahaja dari hotel yang ku duduki terdapat sebuah pagoda yang kelihatan seperti dibina di atas bulatan jalanraya. Aku perhatikan pemandu yang membawa ku akan mengangkat tangan menyembah apabila memandu berhadapan setiap pagoda atau kuil. Kuat juga pegangan agama mereka ini ya. Yang anehnya juga pakaian sami Budha di sini warnanya merah dan bukan kuning atau oren seperti di Malaysia dan Thailand. Apa sebabnya tak pasti pulak. Yang aku tahu Myanmar dengan Thailand ni bukannya "the best among friends!".
Aku juga perhatikan orang Myanmar ni kuat berjalan dari satu tempat ke satu tempat dan Yangon ni bukannya satu bandar yang kecil. Di kiri-kanan jalanraya sibuk ku tengok orang mundar-mandir.
Keretanya pula banyak dikuasai oleh Toyota! Macam kat Yemen jugak. Sesetengah model tu aku tak pernah lihat kat Malaysia. Kereta yang aku naiki pandu kanan tapi sistem jalanraya di sini dipandu belah kiri macam di Amerika! Pelik juga ku rasa ...
Kembalinya ke Malaysia kami naik MAI atau Myanmar Airlines menggunakan pesawat McDonald Douglass MD82. Agak selesa mungkin sebab aku duduk di kelas bisnes. Tapi bila naik kapalterbang aku disapa "Selamat Datang!!" oleh pramugari Myanmar. Wah, terkejut juga aku dan kagum. Yang sedihnya bila baca boarding ticket tertulis "MAI a joint venture between Singapore and Myanmar"!! Rugi bukan dengan Malaysia. Tadi bukan main seronok disambut dengan ungkapan selamat datang. Apapun servisnya baik. Cuma tak makanlan maklumlah puasa!!

4 Comments:
Aku pon ada kawan kat situ. Serupa aja perwatakan dia dengan orang lain di rantau ini.
Cumanya aku kesal, dulu Burma/Myanmar ini antara yang terawal mencapai kemerdekaan. Pernah juga menjadi boss PBB. Tapi tak kemana.
Smalam kami menerima tetamu dari Myanmar. Mereka kelihatan amat serius mempelajari bagaimana Malaysia membangunkan negara.
Selain dari bertanggungjawab membawa masuk Myanmar ke dalam ASEAN, Malaysia juga bertangggungjawab mencadangkan waktu seragam ASEAN yang I personally think is not practical...
Ayah: Yang pasti aku tengok kawan Myanmar aku ni memang respek Malaysia. Yang dia tak suka Thailand. Tapi Siam ni pandai pulak dia tak kena jajah.
Ria: Apa salahnya waktu seragam senang sikit tak payah tukar masa.
PYI MANA?
Post a Comment
<< Home