Awda
Aku diberitahu kenalanku bahawa panggilan awda itu adalah singkatan awang dan dayang! Aku sahut jawapan tu dengan rasa kurang percaya saja. Lupa pulak aku nak tanya kawan Brunei aku apa maknanya tapi aku pasti ianya ialah ANDA dalam Bahasa Melayu kita.
Seronok jugak aku rasa dapat ke negara bermonarki penuh di rantau kita ini. Satu-satunya di rantau kita. Kekadang terasa macam tak kena je. Negara beraja dan kaya dengan minyak ni biasanya di rantau teluk saja. Masa aku berada di Brunei rakyat Malaysia dan juga Brunei masih hangat dengan pernikahan Sultan Brunei dengan jelitawan TV3. Tak banyak yang diperkatakan secara terbuka oleh rakyat Brunei. Apa yang aku dapat tangkap sesetengahnya tidak kisah tapi ada juga golongan yang tidak bersetuju - katanya kesian Raja Isteri. tak tahulah aku samada mereka tidak setuju kerana yang dikahwini itu rakyat Malaysia.
Asyik dok seronok cerita pasal kahwin ni ada orang cerita kat aku dulu masa Soekarno, Tunku pernah arahkan pemberita RTM balik segera ke Malaysia dari Manila kerana dijelingi oleh Bung! Entahlah betul ke tidak.
Berbalik ke Brunei ni. Aku rasa rakyat Malaysia sentiasa mengikuti dengan rapat perkembangan di sana begitu juga sebaliknya. Maklumlah kita ni serumpun dan seagama. Malah, Brunei dulu dijemput untuk menyertai gagasan Malaysia. Tapi akhirnya ditolak oleh Almarhum Ayahnda Sultan sekarang sungguhpun pada awalnya beliau bersetuju.
Mengikut rakan aku yang bekerja di sana, orang Brunei merasakan Malaysia ini seperti membuli mereka terutamanya dalam isu persempadanan. Entahlah! Aku juga difahamkan rakyat Indonesia juga menyatakan bahawa orang Malaysia ni sombong kerana sudah kaya!!
Apapun aku rasa kita perlu perbetulkan persepsi ini tidak kira samada ianya tepat atau tersasar. Tidak elok malah rugi aku rasa kalau hubungan kita renggang kerana persepsi sebegini sedangkan kita sangat rapat dari segi budaya, bahasa dan agama.
Aku tahu aku ramai juga kenalan Brunei. Malah aku senang bila bersama mereka. Kalau ikut cerita arwah bapaku, kami mempunyai saudara mara di sana. Ada masa dan rezeki kena buat jejak kasih nanti.

3 Comments:
Tak semestinya kita satu budaya, agama dan adat resam kita kena rapat dan melupakan hak kita. Seperti juga Malaysia dengan Indonesia... nampak zahaja sama, tapi kalau kita pergi lebih dalam banyak kelainannya....
JELITAWAN? Cukuplah dikatakan wartaWAN sahaja.
Regardless of what Indonesians think about Malaysians, they are equally or even more arrogant than us.
Ria:
wartaWan je ... Ok apa??
Nampaknya mereka kata kita sombong. Kita kata mereka sombong! Jadi semuanya sombong la tu ..
Ayah:
Lain tapi serupa ke serupa tapi lain ...
Post a Comment
<< Home