Farsi
Parsi satu empayar besar di zaman dahulu mencabar kekuasaan bangsa Greek di ketika itu. Kini negara yang dikaitkan dengan empayar ini ialah Iran. Baru-baru ini Iran kecoh dengan isu program nuklearnya dan juga pemilihan Presiden yang baru.
Di zaman moden Iran di bawah pemerintahan Shah Iran sangat disayangi oleh negara-negara Barat terutamanya Amerika Syarikat. Tetapi selepas revolusi di mana Ayatollah Khomeini mengambil-alih kuasa ianya mula dibenci dan diragui oleh negara-negara tadi dan termasuk negara-negara Arab jirannya. Beberapa tahun Iran berperang dengan Iraq yang ketika itu di bawah pemerintahan Saddam Hussin. Yang sinisnya ketika itu Saddam mendapat sokongan padu dari negara-negara Arab yang lain dan juga Amerika Syarikat. Kini dia di dalam kandang perbicaraan dan negaranya ditakluki oleh Amerika Syarikat dan sekutunya iaitu kuasa kolonial dahulu - British. Begitulah nasib seorang manusia ... tiada kita tahu ketentuanNya.
Tehran ibunegeri Iran sangat padat penduduknya. Sekali lihat nampak sahaja seperti di Eropah dengan gunung-ganang mengelilinggi bandaraya ini. Malah puncaknya sentiasa diliputi salju. Bulan November semasa aku di sana agak dingin suhunya. Kalau tidak kerana wanitanya memakai jubah hitam dan bahasa tulisannya mungkin kita lupa sebentar di mana kita berada.
Orang Iran ni bawak kereta laju-laju juga dan agak agresif. Mungkin kerana keadaan di Tehran sendiri dengan bilangan kereta dan penduduknya yang tinggi. Tidak seperti di Arab Saudi kaum hawa di sini dibenarkan memandu kereta. Malah, aku diberitahu pemandu bas pun ada wanita. Makanannya aku kira bagi rakyat Malaysia agak tawar rasanya tidak kira dari supnya, nasinya hingga ke hidangan yang lain.
Tehran kini mempunyai dua buah lapangan terbang antarabangsa. Yg barunya dikenali sebagai Iman Khomeini. Sekali lihat ada rekabentuk yang seakan KLIA tetapi KLIA lebih besar dan canggih buat masa ini. Ianya direkacipta oleh arkitek Turki dan lokasinya agak jauh dari Tehran sekitar 75 km. Naik kereta dekat 2 jam juga lah baru sampai hotel tempat menginap.
Aku cuma berada 2 hari 1 malam di Tehran. Tak banyak yang dapat ku lihat dan amati. Tetapi dalam interaksi dengan mereka nampaknya mereka tidak gusar dengan dua kuasa besar dunia yang mempunyai kekuatan ketenteraan hanya di sempadan sana. Mungkin inilah mentaliti yang dimiliki oleh bangsa yang dulunya pernah menjadi kuasa besar dunia. Semoga tiada lagi peperangan di Asia Barat selepas Iraq! Entah nanti orang Islam akan ditakluki kembali ... semoga kita diberi kekuatan dan dilindungiNya.

1 Comments:
Sebesar mana pona nda dahulu, yang pentingnya ada perlus entiasa bersyukur dan mengingatinya.. kalau dahulu Parsi empayar besar, ingatlah kejatuhannya semasa Islam menjelma... kalau dahulu Islam Arab kuasa besar disitu, ingatlah kedatangan Mongol, kalau dulu Sassanid empayar besar, ingatlah kedatangan Takjuj dan Makjuj ..hehehehe
Post a Comment
<< Home