Wednesday, November 30, 2005

Leysotu

4 hari Raya aku kena terbang ke Benua Afrika. Kini tempat yang ditujui adalah satu negeri di rantau Selatan Afrika yang dikelilingi oleh negara Afrika Selatan. Ramai yang keliru bila aku terangkan destinasiku. Mereka semua menyangka tempat di mana Rajanya yang punya isteri ramai tu! Bukan yang tu aku kata. Itu Swaziland.

Yang ini Lesotho dan disebut oleh rakyatnya secara fonetik sebagai Leysotu. Rakyatnya rata-rata yang aku jumpa dan sempat berinteraksi nampaknya sungguh peramah. Ada sorang pelayan di sebuah restoran halal tu senyum memanjang. Biarpun servisnya agak lambat tapi kita tak terasa nak marah. Lamb chop dia sedap juga. Kira hapuslah menunggu.

Ibunegeri Lesotho adalah Maseru. Airportnya kecil dan dihubungi melalui udara oleh South African Airlinks yang aku faham adalah anak syarikat South African Airways tetapi rasanya ada saham dari Lesotho dan Swaziland. Syarikat penerbangan ini hanya menggunakan pesawat Jet Stream Turbo Prop. Pesawat kecil dan dijanai oleh dua enjin berkipas. Tempat duduk hanya ada 3 setiap baris - dua di kanan dan satu di kiri. Hanya seorang pramugari yang melayan para penumpang.

Pesawat yang aku naiki terkandas di landasan di Johannesburg selama hampir sejam kerana punat untuk menghidupkan enjin terjatuh. Jurutera syarikat penerbangan ini nampaknya bertungkus-lumus cuba memasangnya tapi dua - tiga kali terjatuh semula. Mula-mula jurutera berkulit hitam mencuba tapi tak berjaya. Datang pula yang berkulit putih juga tidak berjaya pada mulanya. Akhirnya punat tu nampaknya elok je melekat. Kapten menekannya dan kipas di kiri kanan pesawat berputar. Cuak juga aku. Bagaimana semasa di awangan nanti terjatuh balik ...???

Walaubagaimanapun, Alhamdulillah pesawat tadi selamat sampai di Maseru. Lega aku rasa. Masa atas kapalterbang aku buat rileks je.

Perjalanan dari lapanganterbang ke bandar Maseru mengambil masa dekat sejam juga. Jalannya agak baru dan baik mutunya mungkin baru diturap. Aku dapati rumah-rumah ditepi jalan yang konkrit agak kecil dan berbentuk kiub. Mungkin dua bilik tidur sahaja. Fikirku mungkin orang Lesotho ni suka mengahbiskan masa di luar.

Sumber ekonomi rakyatnya aku kira bertani. Itu yang aku nampak - lembu dan biri-biri dijaga oleh kanak-kanak dan orang dewasa yang semuanya membawa seperti tongkat. Masih tidak banyak industri di Maseru. Hanya ada beberapa kilang tekstil dengan pelaburan dari China. Secara keseluruhan, Lesotho banyak bergantung kepada Afrika Selatan baik dari segi pengangkutan mahupun pelaburan. Kalau kita pakai maxis roaming kat sini tak ada servis. Mungkin Maxis tak ada syarikat yang bekerjasama dengannya di Lesotho. Sungguhpun begitu ada syarikat telefon mudahalih tempatan di sini.

Di Lesotho ini apa yang aku paling ingat ialah air mineralnya. Sungguh enak dan menyegarkan. Boleh kalahlah Evian! Lesotho membekalkan air ke Afrika Selatan. Sumbernya dari gunung-ganangnya yang mengelilingi negara ini. Ianya sentiasa dilitupi oleh salji.

Lesotho adalah negara keempat di Afrika yang pernah aku lawati selain Zimbabwe, Afrika Selatan dan Mesir. Harapnya dapatlah peluang di lain kali untuk melawat negara-negara lain di bumi Afrika ini.

3 Comments:

Blogger Ayah said...

Aku tak pernah jijak bumi aprika.. entah betul ke orang dia itam-itam...cuma tengok TV dan baca segabor aja... betul la kot ye?

Aku rasa Afrika ni akan terus didominasi kuasa asing yang eksploit mereka... semua kekayaan hasil bumi akan disedut... sekarang ni depa dah kurang kekayaan so takdala kuasa asing banyak sangat menyebok.. bila ada nanti..haaaaaaaa... datang balik lintah-lintah tu...

4:24 AM  
Blogger skalo said...

Orang dia majoriti hitam2la terutamanya belah bawah sahara tu. Kalau kat atas2 tu ada juga putih sbb campur dengan Arab. Tapi ada juga yg putih mcm kat Afrika Selatan dan Zimbabwe. Kau ingat Bruce Grobelaer tak??

Negeri mereka ni masih kaya2. Hari tu masa aku kat satu mall kat Doha aku tgk bukan main lagi perdana menteri sebuah negara ni beli baju dsbnya. Bukan kat kedai calang2 pulak tu.

Masa aku kat Malta pun delegasi dari Afrika beli barangan cenderahati. Aku tgk harga tak payahla ... Ada yang kaya tu kaya.

Kat Indonesia pun aku tgk hotel2 lima bintang dan mall yang menjual barangan yg padaku kira mahal la jugak dikunjungi oleh golongan berada di sana. Sedangkan ramai warganya merantau ke seluruh pelusuk dunia. Jadi ada jurangnya yang besar.

4:49 AM  
Blogger maklijah said...

aku masih tak kaya-kaya jua untuk membeli di butik berjenama.

10:00 AM  

Post a Comment

<< Home