Sonata Musim Salju
Sebuah lagu yang sangat popular di Malaysia. Dramanya dikuti ramai rakyat kita. Malah aku difahamkan kehebatannya juga meledak ke China, Jepun, Taiwan dan negara-negara lain dirantau ini. Kehebatannya juga mungkin mengalahkan eksport kereta Hyundai dan Kia serta jenama Samsung. Mungkin juga kernanya filem Korea memenangi hadiah filem terbaik Asia!
Dalam satu artikel yang aku baca semasa dalam penerbangan ke Seoul, penulis mencadangkan supaya karya-karya filem sebegini dijadikan bahan eksport terpenting bagi menjual jenama Korea. Katanya orang Korea memang pandai buat filem yang bermain dengan perasaan cinta, suka dan terutamanya duka!! Beliau berkata apa boleh buat orang Korea memang mempunyai kekuatan dalaman secara semulajadi dengan perasaan kesedihan dan "depressed" kerana beberapa ratus tahun dijajah oleh Jepun dahulu. Jadi, kenapa tidak kita eksport benda yang kita memang mempunyai kekuatan!! Ini dikira soft power dalam bahasa politik.
Aku tidak mengikuti drama Korea ini tetapi apabila pulang bercuti di Malaysia 3 tahun lalu bila bukak ERA je terdengar lagu nyanyian Hazami ini. Terus tertangkap melodinya. Bila dengar lagu asli dalam bahasa Koreapun masih sedap didengar.
Semasa menaiki pesawat ke Korea aku mengambil peluang menonton filem Korea. Ceritanya memang menarik dan membuat aku terus terpaku menontonnya. Jarang filem melayu yang boleh membuat begitu kebelakangan ini. Hanya KL Menjerit dan satu cerita Rosyam Noor dengan Fasha yang aku lupa namanya dapat menambat hatiku.
Kalau Malaysia apa nak eskport ya ... Hanya PETRONAS yang mempunyai standing yang baik di mata dunia. MAS harus diperkukuhkan lagi pengurusannya agak tidak terus tercedera kredibilitinya.

4 Comments:
Malaysia ni tidak fokus kepada apa yang hendak dijadikan keutamaan.. orang handal buat keta, dia pon nak buat, orang terel ICT, dia buat MSC, orang pandai sekolah, dia buat pusat kecemerlangan, orang buat movie handal, dia buat gunung ledang, orang nak makan, dia hub halal, orang melancung dia asia sebenarnya, orang buat itu ini semua dia nak... negara kita 25 juta, resources kita limited, fokusla kepada dua tiga benda yang kita ada kelebihan... industri perkapalan ka, industri buat nasi lemak ka...
walhasil... buat itu ini, singapore beli kompeni kita dan bengkrapkan segala...
kita eksport servis mengurut, nak?
Industri mengurut pun Siam dah pelopori tapi kita patut tap juga agar ianya menjadi sumber pendapatan kpd pengamal2nya bukan lebih dari itu he he.
Bagaimana dgn Proton?? Kalau ikut perkiraan ekonomi nampaknya ia akan tewas dan habis semua pelaburan yg kita buat. Tapi aku kira SMEs yg lahir masih boleh hidup dgn membekalkan produk2 mereka kpd kilang2 kereta yg lain.
Tapi apa industri yg kita patutfokuskan aku kira getah dan kelapa sawit. Itu kita sudah ada teknologi sendiri. Harus dikekalkan bukan??
Baru ingat ... tajuk cerita tu "Berlari ke Langit"
Post a Comment
<< Home